70 premis beroperasi di R&R terima sijil halal

KUANTAN – Sebanyak 70 premis membabitkan lima Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Pahang memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), sekali gus menambahkan keyakinan pengunjung menjamu selera di hentian berkenaan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, usaha itu direalisasikan hasil langkah diambil Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam membantu gerai terlibat memperoleh SPHM.

“Saya ucap tahniah kepada 70 gerai R&R di Pahang yang hampir keseluruhannya mendapat sijil halal.

“Jadi tahniah kepada para pengusaha, JAIP, pihak konsesi dan AFA Prime Sdn Bhd yang memberi kerjasama baik.

“Usaha ini bukan hanya tertumpu kepada pengusaha R&R sahaja… sebanyak 612 premis di Pahang juga sudah memiliki sijil halal, termasuk kantin di sekolah agama milik Kerajaan Negeri,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Zon Halal R&R Temerloh arah barat, dekat Temerloh, hari ini.

Syed Ibrahim menjelaskan, sebanyak 18 sekolah agama di Pahang memperoleh sijil halal terbabit dan usaha giat dijalankan untuk memperluaskannya ke sekolah agama rakyat.

“Sebab itu kita menyarankan pihak Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang menyahut seruan mendapatkan sijil halal untuk keselesaan ibu bapa,” ujarnya.

Related Posts

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

SANDAKAN – Kerajaan Sabah merancang membangunkan semula Kampung (Kg) Bahagia sebagai perkampungan yang sah susulan kebakaran besar yang memusnahkan hampir keseluruhan kawasan berkenaan, kata Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor. Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global