64 saman dikeluarkan dalam Op Pematuhan Lalu Lintas dan Op Motosikal di Saratok

SARATOK – Sebanyak 64 saman dikeluarkan sepanjang pelaksanaan Op Pematuhan Lalu Lintas dan Op Motosikal oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok yang dijalankan di sekitar Bandar Saratok, Roban dan Kabong bermula 2 hingga 14 Mac.

Operasi tersebut melibatkan kekuatan seramai dua pegawai kanan serta tujuh anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Saratok, Balai Polis Saratok dan Unit MPV IPD Saratok.

Ketua Polis Daerah (KPD) Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 64 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Menurut beliau, antara kesalahan yang dikesan ialah ubah suai kenderaan sebanyak 25 kes, tidak mematuhi isyarat lalu lintas (18 kes), menunggang motosikal tanpa lesen (6 kes) dan tidak menggunakan topi keledar (5 kes).

“Sepanjang Op Motosikal dan Op Pematuhan Lalu Lintas dilaksanakan, sebanyak 64 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, operasi tersebut dilaksanakan susulan aduan orang awam berkaitan pengguna motosikal, khususnya dalam kalangan remaja, yang menunggang motosikal yang telah diubah suai sehingga mengeluarkan bunyi bising di jalan raya.

Tambahnya, operasi berkenaan akan dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mematuhi peraturan lalu lintas ketika berada di jalan raya.

Dalam operasi sama, pihak Balai Polis Saratok bersama BSPTD IPD Saratok turut menyita tujuh buah motosikal di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global