50 asnaf terima sumbangan program Ihya Ramadan JKOM Wilayah Timur

TEMERLOH – Seramai 50 asnaf menerima sumbangan pada program Ihya Ramadan : Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja Wilayah Timur yang berlangsung semalam.

Program yang berlangsung di pekarangan Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Taman Temerloh Jaya itu dirasmikan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop.

Turut hadir ADUN Mentakab, Woo Chee Wan; Penolong Pengarah Kanan, Majlis Keselamatan Negara Pahang, Rina Sharlinda Zabri dan Pegawai Penerangan Daerah Temerloh, Hasmawati Karroda.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah JKOM, Suwadi Guliling; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JKOM, Kafrawi Ridzuan Tarmizi dan Pengarah Bahagian Media Sosial dan Media Baharu, Mohd Taufik Abdul Jalil.

Ismail dalam ucapannya berkata, program berkenaan bertujuan membina hubungan lebih akrab dengan komuniti setempat, selain mendengar permasalahan dihadapi penduduk.

Selain itu, katanya, menerusi program terbabit, orang ramai dapat memahami peranan sebenar dimainkan JKOM.

“Sebagai jabatan yang bertanggungjawab dalam memberi penjelasan berkaitan polisi kerajaan, tugas JKOM bukan hanya tertakluk kepada penerangan isu semasa.

“Lebih daripada itu, JKOM bertanggungjawab membina hubungan rapat dengan komuniti setempat supaya segala kekeliruan mengenai agenda dilaksanakan Kerajaan MADANI dapat difahami oleh rakyat,” katanya.

Siri jelajah Ihya Ramadan: Berkat Musyawarah Malaysia MADANI Bekerja di Temerloh adalah lokasi persinggahan keempat, selepas Alor Setar, Kedah; Ipoh, Perak dan Muar, Johor.

Related Posts

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

SANDAKAN – Kira-kira 200 rumah kediaman atas air di Kampung Bahagia, musnah dalam kebakaran besar yang berlaku awal pagi Sabtu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, PKPgB Jimmy Lagung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Miri menggesa pihak berkuasa memberikan penjelasan secara telus berhubung isu penamatan kontraktor bagi projek naik taraf Kolam Renang Awam Miri yang dilaporkan sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi