45 kanak-kanak terbunuh di Gaza – UNICEF

SEKURANG-KURANGNYA 45 kanak-kanak di Semenanjung Gaza terbunuh dalam serangan Israel dalam tempoh dua hari lepas.

Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menyatakan laporan mengenai pembunuhan sekurang-kurangnya 45 kanak-kanak di Semenanjung Gaza dalam dua hari lepas adalah satu lagi peringatan yang amat menyayat hati bahawa kanak-kanak di Gaza adalah yang paling menderita.

“Mereka terpaksa berlapar setiap hari hanya untuk menjadi mangsa serangan tanpa belas kasihan.

”Kami menyeru agar penderitaan dan pembunuhan harian terhadap kanak-kanak di wilayah bergolak itu dihentikan serta-merta,” katanya, lapor Wafa.

Menurutnya lagi, kanak-kanak di Semenanjung Gaza berdepan pengeboman berterusan sambil dinafikan akses kepada barangan asas, perkhidmatan dan rawatan penyelamat nyawa sejak bermulanya pencerobohan genosid Israel.

”Sejak dua bulan lalu, keadaan menjadi semakin teruk akibat sekatan ke atas bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. Ancaman terhadap nyawa kanak-kanak bukan sahaja datang daripada bom dan peluru. Keadaan hidup mereka juga mengancam kelangsungan hidup mereka. Dengan setiap hari yang berlalu tanpa bantuan, risiko kebuluran, penyakit, dan kematian semakin meningkat,” tambah kenyataan itu.

UNICEF turut menegaskan bahawa hak asasi kanak-kanak di Gaza terus dicabuli setiap hari dan menuntut tindakan segera bagi melindungi mereka daripada pelanggaran berterusan serta ancaman serius terhadap kehidupan mereka.

“Dalam tempoh 19 bulan konflik yang berpanjangan ini, kanak-kanak telah terdedah kepada keganasan berterusan, termasuk serangan tanpa belas kasihan. Mereka berhadapan dengan sekatan yang menafikan akses kepada makanan, air bersih, dan bekalan kesihatan penting. Ramai antara mereka terpaksa berpindah berkali-kali dalam usaha mencari tempat yang lebih selamat. Pengalaman traumatik ini akan meninggalkan kesan mendalam sepanjang hayat mereka,” kata UNICEF.

UNICEF sekali lagi menggesa agar gencatan senjata dilaksanakan dengan serta-merta, semua pihak mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk tanpa sekatan ke seluruh Gaza, dan orang awam dilindungi daripada sebarang bentuk serangan.

“Sudah tiba masanya penderitaan dan pembunuhan kanak-kanak setiap hari dihentikan sekarang juga,” tegas kenyataan itu.







Related Posts

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa beliau menamatkan lapan perang dengan menggunakan langkah perdagangan dan tarif sebagai tekanan, lapor Anadolu Ajansi. “Saya telah menamatkan lapan perang, sebahagian besarnya melalui perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 20 maut, kelab malam terbakar

GOA – Seramai 20 pekerja dan lima pelancong maut selepas kelab malam Birch By Romeo Lane di sini musnah terbakar awal pagi semalam. Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku begitu pantas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam