360 set bubu naga dan pukat rawa sorong dirampas

KUALA PERLIS – Sebanyak 360 set bubu naga dan sebuah pukat rawa sorong berjaya dirampas dalam operasi Op Mardof Utara 03/2024 yang dijalankan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Negeri Kedah dan Perlis, semalam.

Operasi tersebut melibatkan rondaan darat dan laut di lima lokasi iaitu Kuala Sanglang, Sungai Padang, dan Sungai Baru di Perlis serta Kuala Kerpan dan Kuala Jerlun di Kedah.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Hashim Mat Zain, berkata peralatan yang tidak dibenarkan seperti bubu naga dan pukat rawa sorong cuba disembunyikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab namun berjaya dikesan dalam operasi darat.

“Hasil operasi, Maritim Malaysia bersama Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Kedah dan Perlis berjaya merampas 300 set bubu naga dan sebuah pukat rawa sorong yang disorokkan di beberapa lokasi darat.

“Manakala, melalui operasi di laut, bot ronda Maritim Malaysia, Bot Perkasa 1240 berjaya merampas 60 set bubu naga di tiga kedudukan berasingan di barat daya Kuala Kerpan, Kedah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kesemua rampasan dianggarkan bernilai lebih RM45,000 dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Menurut Mohd. Hashim, penggunaan bubu naga dan peralatan seumpamanya adalah dilarang kerana ia boleh menjejaskan biodiversiti marin serta merosakkan sumber pendapatan nelayan tradisional.

“Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana memasang peralatan menangkap ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa Maritim Malaysia akan terus melakukan rondaan dan pemantauan bagi membanteras aktiviti penangkapan hasil laut secara salah yang masih berleluasa meskipun banyak rampasan telah dilakukan.

“Kerjasama orang ramai amat diperlukan untuk segera melaporkan aktiviti seumpama ini melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162,” tambahnya.

Related Posts

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor mengambil langkah drastik bagi menangani kesesakan trafik yang semakin kritikal di kawasan Pulai, dengan pelaksanaan pelan komprehensif melibatkan tindakan segera, sederhana dan jangka panjang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

SANDAKAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneruskan komitmen memperkasa sektor perumahan di Sabah melalui pelaksanaan Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN). Timbalan Menterinya, Datuk Aiman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Kesesakan Pulai: Johor laksana pelan menyeluruh, gembleng tindakan segera hingga jangka panjang

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Aminuddin kekal, tiada pertukaran kepimpinan di Negeri Sembilan – PM

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Ekonomi Islam tidak dipinggirkan, cabaran sebenar adalah pelaksanaan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

Peserta Himpunan 1 Mei mula berarak suarakan tuntutan

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030