13 individu terima geran MRP berjumlah RM192 ribu pada majlis pelantikan KMKK di Daro

DARO – Peranan ketua masyarakat dan ketua kampung (KMKK) sangat penting dalam memastikan keharmonian dan kestabilan masyarakat setempat.

ADUN Daro, Safiee Ahmad berkata, KMKK yang dilantik bagi mewakili masyarakat setempat perlu menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan adil.

“Pelantikan ketua dan ketua masyarakat bukan sekadar tanggungjawab besar namun ia merupakan kewajiban untuk memimpin secara adil dan bijaksana,” katanya.

Selain itu, beliau berkata mereka yang dilantik menjadi ketua kampung dan ketua masyarakat memainkan peranan yang penting dalam memelihara tradisi dan budaya sekaligus berfungsi sebagai perantaraan antara kerajaan dan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Sijil Perlantikan Pemimpin KMKK bagi DUN N.43 yang meliputi daerah Daro dan Matu yang bertempat di Mini Auditorium Pejabat Daerah Daro.

Selain itu, beliau berkesempatan menyampaikan geran Projek Luar Bandar Kecil (MRP) kepada 13 orang penerima yang berjumlah RM192,000.

Turut hadir bersama dalam majlis perlantikan ialah Pegawai Daerah Daro, Zul Usop, Pegawai Daerah Matu, Hamidah.

Related Posts

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

KUCHING – Sarawak terus melangkah ke hadapan dalam arus pendigitalan apabila Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa teknologi digital kini menjadi pemacu utama dalam memperkasa masyarakat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan saman terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan di bahu jalan sehingga menghalang aliran trafik di laluan bertingkat Aeropod termasuk di Pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Teknologi digital perkasa ilmu, pacu kemajuan masyarakat luar bandar

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Letak kenderaan di bahu jalan cetus kesesakan, polis ambil tindakan tegas

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Resipi PRN Sabah: Langkah strategik kestabilan nasional

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Penduduk Kg Tinusa lega buaya 16kg ditangkap APM Sandakan

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Kos tukar paip lama Taman Tas cecah RM6 juta

Malaysia teraju integrasi grid serantau

Malaysia teraju integrasi grid serantau