3 pelajar ILP sesat di Mount Walker ditemukan selamat

SANDAKAN – Tiga pelajar Institusi Latihan Perindustrian (ILP) yang dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti mendaki di kawasan hutan simpan Mount Walker ditemukan selamat.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sandakan menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 7.16 malam daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan, mangsa terdiri daripada seorang lelaki berusia 23 tahun serta dua wanita masing-masing berusia 22 dan 27 tahun.

“Mereka dipercayai sesat ketika melakukan aktiviti hiking berhampiran Jalan Sibuga berdekatan sebuah gereja.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan serta-merta ke lokasi kejadian dengan kekuatan satu pegawai dan enam anggota menggunakan dua kenderaan.

“Ketiga-tiga pelajar itu akhirnya berjaya ditemui pasukan penyelamat pada pukul 8.20 malam dan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata kenyataan tersebut pada Jumaat.

Related Posts

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Oleh: Tengku Majid MUKAH – Sebanyak 1,088 bakul makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Mukah diagihkan kepada penduduk terjejas banjir dalam Program Penyerahan Bantuan Bakul Makanan, di sini, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

KINABATANGAN – Kerjasama antara calon dan jentera BN bagi Parlimen Kinabatangan serta DUN Lamag sentiasa berjalan dengan baik sejak Hari Penamaan Calon. Demikian ditegaskan Calon Lamag, Mohd Ismail Ayob (MIHA)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

PDRM jamin keselamatan PRK Kinabatangan, Lamag terkawal

  • By Fandi
  • January 16, 2026
PDRM jamin keselamatan PRK Kinabatangan, Lamag terkawal

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

Nazlan urus Mahkamah Jenayah & Sivil KL, Ahmad Fairuz kekal di Komersial

Nazlan urus Mahkamah Jenayah & Sivil KL, Ahmad Fairuz kekal di Komersial

Pemilihan UMNO selepas PRU16

Pemilihan UMNO selepas PRU16