3 gereja di Ulu Dusun terima sumbangan bakul makanan

SANDAKAN – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Sabah, Datuk Jaffari Waliam, meneruskan keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat di kawasan Gum-Gum dengan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada tiga gereja di Ulu Dusun, di sini, pada Isnin.

Jaffari yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) berkata, program berkenaan melibatkan tiga gereja iaitu Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Ulu Dusun, Gereja Anglikan Ulu Dusun, dan Gereja Roman Katolik Ulu Dusun.

Menurut beliau, inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan terhadap kebajikan masyarakat setempat tanpa mengira latar belakang agama mahupun kaum.

“Saya komited untuk terus mendengar dan membantu rakyat, khususnya di kawasan Gum-Gum.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan menceriakan hari para penerima, sekali gus menyemarakkan semangat prihatin dan perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, majlis penyerahan secara simbolik yang diadakan di Gereja SIB Ulu Dusun menyaksikan sebanyak 114 bakul makanan diagihkan kepada penerima yang memerlukan.

Related Posts

Koi Waris FELDA hidup semula semangat asal peneroka

KUANTAN – Program ‘Koi Waris FELDA’ adalah antara inisiatif baharu kerajaan Pahang bagi menghidupkan semula semangat perjuangan asal warga peneroka. Exco FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah pencegahan Influenza A dipertingkat di semua sekolah Perlis

KANGAR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis mempertingkat langkah pencegahan kesihatan di semua sekolah selepas beberapa kes jangkitan Influenza A dikesan di negeri itu sejak awal Oktober. Pengarah Pendidikan Negeri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Koi Waris FELDA hidup semula semangat asal peneroka

Koi Waris FELDA hidup semula semangat asal peneroka

Langkah pencegahan Influenza A dipertingkat di semua sekolah Perlis

Langkah pencegahan Influenza A dipertingkat di semua sekolah Perlis

Kerajaan Perlis ucap terima kasih KPKM bantu nelayan darat

Kerajaan Perlis ucap terima kasih KPKM bantu nelayan darat

3 gereja di Ulu Dusun terima sumbangan bakul makanan

  • By Fandi
  • October 14, 2025
3 gereja di Ulu Dusun terima sumbangan bakul makanan

Agihan pembangunan mesti cerminkan Sabah sebagai ‘equal partner’ – Madius

Agihan pembangunan mesti cerminkan Sabah sebagai ‘equal partner’ – Madius

PRN17 Sabah: Shahelmey pertimbang bertanding semula kerusi DUN Tanjung Keramat

PRN17 Sabah: Shahelmey pertimbang bertanding semula kerusi DUN Tanjung Keramat