260 mangsa kebakaran disantuni, dapat perhatian Perdana Menteri

TAWAU – Seramai 260 mangsa kebakaran di Kampung Jati Batu 5 Jalan Apas di sini mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Politik (Supol) Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata, beliau mewakili Perdana Menteri untuk menyantuni sekali gus menyalurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban mangsa.

Jelasnya, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tawau, Fung Thin Yein berjumpa dengan beliau dan Perdana Menteri sendiri menyatakan ada kebakaran di Tawau melibatkan lebih 30 rumah dan terdapat seorang mangsa meninggal dunia iaitu kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun.

“Saya kagum dan berterima kasih kepada beliau atas usahanya itu dan membolehkan kita menyantuni mangsa kebakaran ini,” katanya semasa berucap dalam program menyantuni mangsa kebakaran di Kg Jati Batu 5 di sini, pada Rabu.

Mengenai bantuan susulan, Azman berkata, Pejabat Perdana Menteri akan menawarkan bantuan sekiranya perlu.

“Kerajaan Negeri pun difahamkan ada menyalurkan bantuan dan kita di Pejabat Perdana Menteri ada wakil kita di sini, Fung dan jika perlu kita akan bantu,” ujarnya.

Untuk rekod, kebakaran pada 27 Oktober lepas itu mengakibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun rentung manakala sebanyak 38 rumah membabitkan lebih 200 mangsa tinggal sehelai sepinggang selain tiga kenderaan serta motosikal turut musnah.

Related Posts

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, tidak sepatutnya diberikan sebarang bentuk pengampunan berhubung penglibatannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

SERI ISKANDAR — Hospital Seri Iskandar bukan sekadar sebuah fasiliti rawatan baharu, sebaliknya simbol komitmen kerajaan dalam memperkukuh akses kesihatan rakyat serta membawa harapan baharu kepada lebih 94,000 penduduk di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Mari fahami struktur hutang negara

Mari fahami struktur hutang negara

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi