24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

KENINGAU – Seramai 24 individu dilantik sebagai ahli Majlis Daerah Keningau (MDK) bagi tempoh dua tahun, diseru agar menunaikan tanggungjawab mereka dengan tadbir urus yang lebih berkesan dan inklusif khususnya kawasan luar bandar.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata, ahli majlis yang dilantik agar sentiasa menunaikan tanggungjawab mereka dengan penuh integriti, keikhlasan dan berpaksikan kepentingan rakyat.

“Pelantikan tersebut bukan hanya satu penghormatan, malah merupakan amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan komitmen tinggi demi kesejahteraan masyarakat setempat.

“Ahli majlis perlu menjadi jambatan penghubung antara pihak berkuasa tempatan dan rakyat serta memainkan peranan aktif dalam menyampaikan suara komuniti di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Keningau Sesi 2025 hingga 2027, di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Jeffrey berkata, Kerajaan Negeri komited dalam memperkasakan pentadbiran daerah bagi memastikan pelaksanaan dasar pembangunan lebih menyeluruh.

“Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memastikan bahawa dasar dan inisiatif pembangunan yang digariskan dalam kerangka Hala Tuju Sabah Maju Jaya dapat dilaksanakan secara inklusif dan berkesan.

“Ini termasuk memperkasa pentadbiran di peringkat daerah dan memberikan tumpuan khusus kepada daerah luar bandar,” katanya.

Beliau yang juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan turut menegaskan pentingnya semua pihak berganding bahu tanpa mengira latar belakang politik atau kaum dalam memastikan dasar kerajaan benar-benar memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Katanya, tadbir urus yang progresif, telus dan mesra rakyat di bawah pentadbiran majlis daerah amat penting dalam mendukung agenda pembangunan negeri.

“Jangan biarkan birokrasi menghalang kecekapan perkhidmatan awam di peringkat tempatan. 

“Inilah masa untuk kita menyumbang demi kemajuan dan kesejahteraan Keningau yang tercinta,” katanya.

Related Posts

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

BUTTERWORTH – Sebuah restoran nasi kandar di kawasan Seberang Perai Utara telah diarahkan tutup serta-merta selepas didapati terlalu kotor dan melanggar beberapa peraturan lain dalam Ops Bersepadu yang dijalankan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan pukat udang maut dipanah petir

KANGAR – Seorang nelayan maut selepas dipercayai dipanah petir ketika berada di atas bot di perairan Kuala Sungai Padang, Simpang Empat di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah