
KUCHING – Kesemua penyandang yang dikekalkan sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan berada dalam keadaan sihat.
Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam sesi soal jawab bersama media menjelaskan, bagi penyandang yang tidak dicalonkan semula, sebahagian daripada mereka mengundur diri kerana faktor tempoh perkhidmatan yang sudah lama.
“Semua 82 calon akan bertanding sebagai calon GPS di bawah satu logo rasmi gabungan itu,” jelas Abang Johari ketika diminta mengulas mengenai logo dan status pencalonan pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan terdapat calon langsung bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili dan berharap perkara berkaitan dapat diselesaikan dengan baik.
PRN Sarawak ke-13 melibatkan 82 kerusi DUN dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 28 November 2026, pengundian awal pada 8 Disember 2026 dan hari pengundian pada 12 Disember 2026.



