MCMC teliti video dakwaan maklumat palsu berkaitan SST, pelepasan cukai

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti kandungan video berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta pelepasan cukai pendapatan dalam Belanjawan 2027 didakwa mengandungi maklumat palsu dan mengelirukan.

MCMC menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima aduan orang awam berhubung video berkenaan termasuk konteks penyebaran di samping potensi kesannya terhadap masyarakat.

“Penyebaran maklumat sedemikian berpotensi menimbulkan kekeliruan mengenai dasar percukaian negara, mencetuskan kebimbangan tidak berasas serta mempengaruhi keputusan kewangan rakyat berdasarkan maklumat yang salah.

“Sehubungan itu, MCMC telah merujuk perkara ini kepada Kementerian Kewangan. Kita kini sedang meneliti kandungan video berkenaan, termasuk konteks penyebaran dan potensi kesannya terhadap masyarakat,” katanya, pada Selasa.

Dalam pada itu, MCMC berkata, tindakan lanjut akan dipertimbangkan sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang yang berkuat kuasa, termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

“Kebebasan bersuara perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab dan tidak seharusnya disalahgunakan untuk menyebarkan maklumat palsu yang boleh menjejaskan kepentingan awam.

“Orang ramai digesa supaya menyemak sebarang maklumat berkaitan Belanjawan 2027 melalui portal rasmi Kementerian Kewangan di www.belanjawan.mof.gov.my, www.sebenarnya.my, chatbot AIFA melalui WhatsApp di 03-8688 7997, serta saluran rasmi pihak berkuasa berkaitan,” katanya.

Related Posts

Semua sekolah di Negeri Sembilan tutup esok

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan tutup esok. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam kenyataan memaklumkan, sepanjang tempoh penutupan itu, semua murid…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan bertindak sendiri terhadap pelarian, serah kepada pihak berkuasa

KUALA LUMPUR – Masyarakat disarankan untuk tidak mengambil tindakan sendiri terhadap pelarian yang didakwa melakukan kesalahan atau menimbulkan keresahan masyarakat, sebaliknya menyalurkan aduan kepada pihak berkuasa untuk tindakan mengikut peruntukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengorekan Sungai Apong dijangka siap sebulan, mudahkan akses bot nelayan

Pengorekan Sungai Apong dijangka siap sebulan, mudahkan akses bot nelayan

Semua sekolah di Negeri Sembilan tutup esok

Semua sekolah di Negeri Sembilan tutup esok

Program pemantapan akidah di Jengka 24 tarik lebih 500 penyertaan

Program pemantapan akidah di Jengka 24 tarik lebih 500 penyertaan

FTES: Pemegang UEC layak pendidikan tinggi percuma jika memenuhi syarat

FTES: Pemegang UEC layak pendidikan tinggi percuma jika memenuhi syarat

Stesen minyak baharu di Julau perlu siap dalam tempoh 18 bulan

Stesen minyak baharu di Julau perlu siap dalam tempoh 18 bulan

Tiada lagi pelarian diberi dokumen masuk Malaysia selepas 2023

Tiada lagi pelarian diberi dokumen masuk Malaysia selepas 2023