Kerajaan teliti langkah tambah baik gaji graduan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti keperluan menambah baik struktur gaji bagi memastikan pendapatan graduan dan pekerja meningkat seiring dengan pertumbuhan produktiviti negara.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, produktiviti negara menunjukkan peningkatan, namun kenaikan gaji pekerja masih belum seiring dengan perkembangan berkenaan.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan jurang gaji antara pekerja yang menerima gaji minimum dengan pekerja berkemahiran atau berkelayakan lebih tinggi semakin mengecil.

Katanya, usaha meningkatkan pendapatan pekerja perlu disokong peningkatan kemahiran, penggunaan teknologi serta pelaksanaan latihan berterusan bagi memperkukuh produktiviti.

“Apabila kita bercakap soal gaji, ia membabitkan produktiviti. Jadi mahu tidak mahu, untuk meningkatkan produktiviti itu, selain kemahiran pekerja itu perlu ditingkatkan, kita juga kena teliti dari segi penggunaan teknologi, dari segi bagaimana skim latihan yang berterusan dan sebagainya.

“Maka sebab itu, kita turut perkenalkan gaji minimum untuk pekerja separuh mahir supaya graduan mengambil sikap daripada pandangan berkenaan supaya mereka juga dapat meningkatkan kemahiran atau produktiviti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) mengenai jurang gaji graduan susulan pelaksanaan gaji minimum RM2,000 tahun depan, pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, ketika menjawab soalan asal Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai mekanisme kerajaan bagi memastikan pelaksanaan gaji minimum tidak menyebabkan pengurangan pekerja, kenaikan harga barangan atau peningkatan kos operasi perusahaan, Akmal berkata kerajaan komited mengawal kenaikan harga barangan keperluan.

Katanya, langkah itu dilaksanakan melalui penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, selain memperluas program Jualan Rahmah MADANI dan Jualan Agro MADANI.

Bagi mengurangkan kesan kenaikan harga barangan susulan pelaksanaan gaji minimum, kerajaan menyasarkan penganjuran 30,000 program Jualan Rahmah MADANI dengan peruntukan RM300 juta serta 5,000 program Jualan Agro MADANI membabitkan peruntukan RM50 juta.

Mengenai kemungkinan berlaku pengurangan pekerja susulan pelaksanaan gaji minimum, beliau berkata pekerja boleh mengemukakan aduan sekiranya berlaku ketidakpatuhan, manakala majikan yang ingkar boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta 732.

“Sekiranya penyesuaian kadar gaji minimum berkenaan menyebabkan penstrukturan semula syarikat sehingga berlaku contohnya pemberhentian pekerja, pekerja yang terjejas dan dilindungi oleh Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) adalah layak untuk menuntut faedah SIP termasuk Elaun Mencari Pekerjaan yang mana untuk menampung kelangsungan hidup mereka sehingga enam bulan,” katanya.

Related Posts

Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72 kg ganja

ALOR SETAR – Seorang bekas pemain bola sepak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar 72 kilogram (kg) dadah jenis kanabis, bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Faiz…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan jadikan perbahasan Belanjawan 2027 sebagai pentas perebutan kuasa, cipta spekulasi

PUTRAJAYA – Perbahasan Belanjawan 2027 tidak seharusnya dicemari spekulasi penukaran kerajaan yang tidak disertai hujah substantif sehingga mengetepikan penelitian terhadap dasar dan peruntukan yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

  • By Fatin
  • October 13, 2026
Kualiti udara tidak sihat, sekolah seluruh Tawau tutup esok

Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72 kg ganja

Bekas pemain bola sepak dituduh edar 72 kg ganja

Sekolah di Kuantan, Pekan, Rompin tutup esok

Sekolah di Kuantan, Pekan, Rompin tutup esok

100 pelajar IPT hasilkan inventori 140 bangunan warisan Kuching

100 pelajar IPT hasilkan inventori 140 bangunan warisan Kuching

630 warga asing ditahan di tapak pembinaan kilang bateri

630 warga asing ditahan di tapak pembinaan kilang bateri

Pendigitalan warisan Sarawak perlu garis panduan, tadbir urus jelas

Pendigitalan warisan Sarawak perlu garis panduan, tadbir urus jelas