SPRM buka semula fail lama, beberapa VIP akan dipanggil semula

BEBERAPA individu berprofil tinggi yang pernah dikaitkan dengan siasatan rasuah mungkin akan kembali dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas badan itu mula menyemak semula kertas siasatan lama yang masih tergantung tanpa keputusan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, beliau telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti semula kes-kes lama yang sehingga kini masih berstatus pending.

Menurutnya, penelitian itu akan menentukan sama ada sesuatu kes perlu diteruskan dengan pertuduhan, disiasat dengan lebih lanjut atau ditutup sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Saya telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi meneliti kertas siasatan lama yang tidak berkeputusan.

“Jawatankuasa ini akan menyaring dan meneliti semua kedudukan kes siasatan yang masih belum mempunyai keputusan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM.

Abd Halim berkata, setiap kertas siasatan yang masih tertangguh akan dibawa kepada jawatankuasa itu untuk menentukan tindakan selanjutnya berdasarkan bukti serta kedudukan undang-undang.

Antara perkara yang akan dinilai termasuk sama ada kes berkenaan mempunyai asas untuk dibawa ke peringkat pertuduhan atau memerlukan siasatan tambahan.

“Selepas penelitian dilakukan, ia akan diangkat kepada jawatankuasa untuk menilai sama ada wajar diteruskan untuk pertuduhan, sama ada wajar dilakukan penyiasatan lanjut atau jika tidak mencukupi dari segi perundangan, diklasifikasikan sebagai NFA,” katanya.

Beliau memberi gambaran bahawa tindakan terhadap kes-kes lama itu mungkin berlaku secara berperingkat selepas penelitian selesai.

“Kalau anda sekarang lihat, mungkin akan timbul satu persatu. Asalnya ialah daripada jawatankuasa yang saya lantik untuk meneliti kertas siasatan yang masih belum berkeputusan,” katanya.

Menurut Abd Halim, sekiranya jawatankuasa memberikan perakuan untuk pertuduhan, ia boleh membawa kepada lebih banyak tangkapan dan pertuduhan selepas ini.

“Selepas daripada ini, akan ada lagi. Kalau ada perakuan untuk pertuduhan, maka akan ada lagi tangkapan dan pertuduhan dilakukan. Jika tidak ada, tidaklah,” katanya.

Langkah berkenaan merupakan sebahagian usaha SPRM untuk membersihkan senarai kertas siasatan lama yang masih belum mempunyai keputusan.

Abd Halim menegaskan setiap kes akan dinilai berdasarkan bukti dan kedudukan perundangan, bukannya semata-mata berdasarkan status atau profil individu yang terlibat.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke New Delhi, India malam ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18, selepas selesai lawatan kerja beliau di Sabah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan