Senator Azahar dari Bersatu Perlis umum keluar parti

KANGAR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus menerima tamparan apabila Ahli Dewan Negara, Senator Azahar Hassan mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu turut menyaksikan Azahar melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Setiausaha Bersatu Negeri Perlis.

“Saya, Senator Azahar Hassan dengan ini mengisytiharkan keluar sebagai ahli Bersatu berkuat kuasa serta-merta dan melepaskan semua jawatan dalam parti termasuk Setiausaha Bersatu Negeri Perlis.

“Walaupun begitu, tugas saya sebagai Ahli Dewan Negara akan saya teruskan demi tanggungjawab kepada rakyat Perlis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azahar berkata, keputusan itu dibuat selepas melalui pertimbangan panjang, penelitian sewajarnya serta muhasabah mendalam terhadap perkembangan semasa.

Katanya, tindakan tersebut dibuat berdasarkan prinsip, pendirian dan pertimbangan peribadi demi meneruskan hala tuju perjuangan yang diyakininya.

Beliau turut menegaskan keputusan itu dibuat dengan penuh rasa hormat terhadap parti serta seluruh warga perjuangan Bersatu yang pernah bersama-sama melalui pelbagai cabaran sepanjang tempoh penglibatannya.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Presiden Bersatu, seluruh barisan kepimpinan parti di semua peringkat serta ahli-ahli Bersatu.

“Mereka telah memberikan kepercayaan, sokongan dan kerjasama kepada saya sepanjang menggalas amanah dalam parti,” katanya.

Menurut Azahar, segala pengalaman, jasa, persahabatan dan ruang berkhidmat yang diberikan sepanjang bersama Bersatu akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Perkembangan itu berlaku ketika Bersatu Perlis berdepan beberapa perubahan dalaman selepas Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dan Exco kerajaan negeri, Marzita Mansor sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Bagaimanapun, Azahar tidak menyatakan sama ada beliau akan menyertai mana-mana parti lain selepas keluar daripada Bersatu.

Foto: Bernama

Related Posts

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

SEREMBAN – Undang Yang Empat, termasuk tiga yang dipertikaikan, bersama Tunku Besar Tampin menyambut baik sebarang ruang perundingan dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung urusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan menahan 10 individu dan merampas aset bernilai RM508,352.50 dalam empat kes penguatkuasaan berasingan di sekitar Sandakan, pada Rabu. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar