Rakyat Sabah puji langkah seragamkan harga diesel seluruh negara

TAWAU – Usaha kerajaan menurunkan harga diesel kepada RM2.10 seliter di seluruh negara bermula Julai hadapan dilihat sebagai satu langkah penting dalam menjaga kebajikan serta hak warganegara Malaysia yang juga pemegang kad pengenalan.

Seorang penduduk, Arifah Adon, 38, berkata, pendekatan ini selari dengan komitmen kerajaan untuk memastikan setiap rakyat mendapat manfaat daripada hasil negara.

“Syukur alhamdulillah sebab harga minyak diesel dah turun dan sama rata di Sabah Sarawak serta Semenanjung.

“Dulu mereka (Semenanjung) RM4 lebih seliter tapi sekarang dah dapat keistimewaan daripada subsidi sama, ” katanya kepada The Malaysia Press, pada Isnin.

Menurut Arifah, mekanisme baharu ini juga mengurangkan ketirisan serta memastikan pengagihan subsidi lebih efisien di seluruh negara.

“Dengan harga diesel yang rendah RM2.10, ini secara tidak langsung tidak menafikan hak kita sebagai rakyat.

“Sama seperti BUDI95, ia boleh dinikmati oleh mereka yang ada IC (kad pengenalan) dan mendapat harga lebih murah, “ujarnya.

Sementara itu, Mohd Arfan Abdul Halim, 21, turut senada sekali gus turut menjangka inisiatif itu kelak terus memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat serta memperkukuh kedudukan ekonomi negara.

“Apabila kerajaan beri inisiatif dengan menurunkan harga minyak, bagi saya ini pilihan tepat.

“Apa yang mereka buat akan memudahkan kami rakyat Malaysia jadi perlu disokong, “jelasnya.

Pada Ahad, kerajaan memutuskan untuk menurunkan harga diesel di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak kepada RM2.10 seliter berkuat kuasa Julai ini.

Perkara itu diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar semua rakyat negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak dapat menikmati manfaat yang sama.

Menurutnya, penurunan harga berkenaan akan dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang seragam di seluruh negara menggunakan mekanisme berasaskan MyKad, selaras dengan pendekatan yang telah dilaksanakan melalui BUDI95.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula