Sidang DUN sehari cetus spekulasi pembubaran Dewan Johor

JOHOR JAYA – Penerimaan notis mesyuarat bagi menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 22 Jun depan mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Spekulasi itu mula hangat diperkatakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung mendedahkan notis sidang berkenaan menerusi media sosial miliknya pagi tadi.

Menurut beliau, sidang yang dijadual berlangsung hanya sehari itu menimbulkan tanda tanya memandangkan ia diadakan berturut-turut selepas Sidang DUN yang berlangsung pada bulan lalu.

Lebih mencetuskan persoalan apabila notis mesyuarat berkenaan turut memaklumkan bahawa tiada sebarang usul atau sesi soal jawab akan diadakan sepanjang persidangan tersebut.

“Pagi ini, saya terima notis mesyuarat bagi Sidang DUN Johor. Tidak pernah ada Sidang DUN berturut-turut dua bulan. Kali ini hanya satu hari dan tidak ada sesi soal jawab.

“Sebenarnya Dewan boleh dibubarkan tanpa memanggil sidang. Kalau bukan untuk bubar DUN Johor, jadi apakah agenda sidang kali ini? Let’s guess and see,” katanya menerusi hantaran berkenaan.

Pada 30 April lalu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Persidangan Kelima DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri.

Dalam perkembangan sama, desas-desus mengenai kemungkinan PRN Johor semakin hangat selepas tersebarnya mesej mendakwa Sidang DUN khas pada 24 Jun bakal menyaksikan pembubaran DUN negeri itu.

Bagaimanapun, Timbalan Speaker DUN Johor, Datuk Samsol Bari sebelum ini dilaporkan berkata bahawa sidang khas yang diperkatakan itu masih belum disahkan.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan kerajaan negeri berhubung dakwaan pembubaran DUN Johor, namun perkembangan terbaharu itu terus menjadi perhatian pelbagai pihak termasuk pemerhati politik dan rakyat negeri ini.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa erti kemerdekaan belum sempurna selagi undang-undang ‘warisan penjajah’ yang didakwa menyekat pelaksanaan Islam tidak dihapuskan. Naratif itu kuat kerana menggabungkan tiga perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan