PBSM Kuching santuni pesakit, raikan bayi 8 Mei di HUS

KUCHING – Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Daerah Kuching meneruskan tradisi murni dengan menganjurkan program jangkauan komuniti di Hospital Umum Sarawak (HUS) sempena sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia 2026, pada Jumaat.

Program tahunan yang disambut setiap 8 Mei itu bertujuan menghargai semangat perkhidmatan kemanusiaan di samping memberi sokongan moral kepada golongan yang memerlukan.

Antara pengisian utama program termasuklah penyampaian hamper kepada tiga bayi pertama yang dilahirkan pada tarikh keramat tersebut, selain pemberian hadiah khas kepada tiga orang ibu sebagai simbolik sambutan Hari Ibu yang bakal menjelang.

Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran isteri kepada Penasihat PBSM Cawangan Kuching, Datin Sri Airi Abdul Manan.

Menurut kenyataan PBSM Daerah Kuching, pihaknya menzahirkan penghargaan tertinggi kepada Airi atas sumbangan peribadi berupa hamper dan hadiah bagi menjayakan program tersebut.

“Kemurahan hati dan sokongan berterusan daripada para penaja serta dermawan memberi makna yang besar kepada komuniti, khususnya buat pesakit dan keluarga yang sedang melalui tempoh rawatan di hospital,” kata kenyataan itu.

Selain sumbangan kepada bayi dan ibu, sebanyak 200 pek cenderahati turut diagihkan kepada pesakit di wad kanak-kanak, wad bersalin serta wad pediatrik bagi membawa keceriaan kepada mereka.

Hadir sama pada program berkenaan ialah Timbalan Pengarah III HUS, Datin Dr Norina; Pegawai Hubungan Luar HUS, Sariddin Kederi dan Timbalan Pengerusi PBSM Cawangan Kuching, Dr Chou Chii Ming.

PBSM dalam kenyataan sama menegaskan komitmen mereka untuk terus mempromosikan nilai kemanusiaan dan khidmat komuniti melalui pelbagai program kebajikan pada masa hadapan.

Related Posts

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

TEMERLOH – Seni persilatan bukan sekadar warisan bangsa yang perlu dipelihara malah berpotensi menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan serta pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang menerusi penganjuran pelbagai program berteraskan budaya dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

KUALA PILAH: Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, Datuk Ismail Lasim mengumumkan cuti peristiwa esok, 3 Ogos (Isnin), sebagai penghargaan kepada rakyat negeri yang menjayakan proses demokrasi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

  • By Aden
  • August 2, 2026
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai