‎108 pelajar Matunggong terima insentif SPM, bukti peningkatan luar bandar

MATUNGGONG – Seramai 108 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di kawasan Matunggong menerima insentif penghargaan, sekali gus mencerminkan peningkatan prestasi akademik yang konsisten dalam kalangan pelajar luar bandar.

‎Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki berkata, program yang diperkenalkan sejak 2019 itu membuktikan komitmen berterusan dalam menyokong kecemerlangan pendidikan, khususnya di kawasan luar bandar.

‎“Sepanjang tujuh tahun pelaksanaan program ini, jumlah pelajar cemerlang di Matunggong menunjukkan peningkatan yang konsisten.

‎“Kini, semakin ramai pelajar mencapai keputusan 7A, 8A hingga 10A, membuktikan sokongan berterusan mampu menghasilkan kemajuan sebenar,” katanya dalam kenyataan media pada Ahad.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong turut menasihati pelajar agar membuat pilihan bijak dalam menentukan hala tuju masa depan.

‎“Masa depan ditentukan oleh pilihan harian. Utamakan disiplin berbanding motivasi dan bina sahsiah berbanding memilih jalan mudah,” katanya.

‎Dari segi pencapaian sekolah, SMK Pinawantai mencatatkan 11 pelajar memperoleh 5A, tujuh (6A), lima (7A), dua (8A) dan empat (9A).

‎Manakala, SMK Sikuati pula merekodkan 18 pelajar memperoleh 5A, 12 (6A) dan tiga (7A), manakala SMK Sikuati II mencatatkan 16 pelajar (5A), lima (6A), lima (7A), seorang (8A) dan empat (9A).

‎Turut membanggakan, dua pelajar dari luar daerah berjaya memperoleh keputusan cemerlang 10A.

‎Majlis penyampaian insentif itu diadakan di Dewan Mini Urusetia Daerah Kecil Matunggong pada Sabtu, melibatkan pelajar daripada SMK Pinawantai Kudat, SMK Sikuati dan SMK Sikuati II, selain lapan pelajar dari Matunggong yang kini menuntut di luar daerah.

‎Insentif yang disalurkan adalah antara RM500 bagi pelajar memperoleh 5A hingga RM1,000 bagi pencapaian 10A.

‎Program insentif ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pencapaian pelajar serta menggalakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan