Isu sistem pengendalian bagasi KLIA rosak perlu ditangani secara terperinci

PUTRAJAYA – Mesyuarat tergempar akan diadakan pagi Isnin bersama agensi-agensi berkaitan susulan kerosakan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, pada Sabtu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan telah diarahkan untuk melaksan perkara itu selepas kerosakan itu menyebabkan kelewatan bagasi antara dua hingga empat jam kepada sejumlah besar penumpang yang tiba.

Menurut beliau, mesyuarat tergempar itu adalah bagi melaksanakan semakan menyeluruh terhadap prosedur operasi standard (SOP) sedia ada yang mengawal pengurusan kerosakan di lapangan terbang.

“Tumpuan khusus adalah kepada masa tindak balas, komunikasi kepada penumpang serta protokol pelan kontigensi.

“Walaupun saya dimaklumkan bahawa sistem BHS telah dipulihkan pada malam yang sama, pemulihan dari segi teknikal tidak bermakna perkara ini selesai.

“Penumpang yang melalui pintu masuk utama negara kita berhak menerima tahap kebolehpercayaan perkhidmatan yang jelas gagal dipenuhi dalam insiden ini,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), sebagai pengendali KLIA, akan dipertanggungjawabkan atas kerosakan tersebut.

Sehubungan itu, beliau turut mengarahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), sebagai pengawal selia tunggal sektor penerbangan untuk menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

“CAAM juga diarahkan untuk menilai sama ada tindakan punitif wajar diambil terhadap  MAHB atas kegagalan dalam penyampaian perkhidmatan ini.

“Pintu masuk utama negara tidak boleh berdepan dengan kelemahan berulang seperti ini,”katanya.

Tambah beliau, di samping langkah pemulihan segera, insiden sedemikuan menunjukkan isu yang perlu ditangani pada peringkat lebih mendalam.

“Kita tidak boleh merealisasikan aspirasi untuk menjadi antara lapangan terbang terbaik dunia tanpa terlebih dahulu menyemai budaya akauntabiliti dan tanggungjawab yang sebenar dalam organisasi selain standard yang ditetapkan mesti dapat dilihat menerusi cara tindakan diambil.

“Sekiranya Malaysia serius dengan hasrat untuk memiliki lapangan terbang bertaraf dunia, semua pihak mesti serius dalam memupuk budaya tanggung jawab yang seiring dengan aspirasi tersebut,” katanya.

Terdahulu, penumpang-penumpang di KLIA Terminal 1 memuat naik hantaran di aplikasi Thread mengatakan mereka terpaksa menunggu tiga hingga empat jam bagi mendapatkan bagasi.

Pengurusan KLIA di ruangan komen memaklumkan gangguan itu berpunca daripada masalah bekalan elektrik di sebuah stesen janakuasa luar yang menyebabkan sistem pengendalian bagasi terjejas buat sementara waktu, sekali gus mengakibatkan kelewatan di kawasan tuntutan bagasi.

Bagi mengurangkan kesesakan, pihak KLIA membenarkan penumpang meninggalkan lapangan terbang dan kembali semula kemudian untuk mengambil bagasi masing-masing, selain maklumat terkini turut diberikan dari semasa ke semasa.

Related Posts

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

SHAH ALAM – Siri kemalangan maut membabitkan program RXZ Members dari edisi pertama hingga ke penganjuran kelapan baru-baru ini amat merisaukan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Susulan itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus memperkasakan aplikasi MyJPJ menerusi penambahbaikan berterusan serta pengenalan pelbagai ciri baharu menggunakan teknologi terkini. Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang