KSN santuni pelajar, sampaikan sumbangan di Bachok

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli

BACHOK – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyantuni warga Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Ulum Al-Muhammadiah, Kampung Kolam, Pak Badol di sini hari ini selain menyampaikan sumbangan kepada pelajar terjejas kebakaran.

Sumbangan berjumlah RM41,000 disampaikan kepada pelajar terkesan sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mereka.

Sumbangan berbentuk cek cura itu disampaikan kepada pihak sekolah melalui wakil pelajar asrama yang diterima pengetua, Ahmad Norisham Ab Halim.

Shamsul Azri berkata, kerajaan komited memastikan setiap pelajar mendapat akses pendidikan yang sempurna.

“Bantuan ini diharap dapat meringankan beban pihak sekolah serta pelajar yang terkesan,” katanya.

Katanya, sumbangan itu melibatkan dana Yayasan Didik Negara di bawah Kementerian Pendidikan berjumlah RM28,250.

Pada masa sama, sekolah turut menerima Bantuan Awal RM100,000 daripada Kementerian Pendidikan bagi membantu kelangsungan operasi serta kebajikan pelajar.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Tengku Mohamad Faziharuddin dan Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Wan Nur Ibtisam Wan Ismail bersama beberapa pegawai kanan kerajaan negeri serta Persekutuan.

Inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan pelajar.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014