Kontroversi dakwaan hantar diesel ke Filipina perlu dihentikan – PM

KUALA TERENGGANU – Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak menghentikan kontroversi berhubung dakwaan penghantaran minyak diesel ke Filipina.

Perdana Menteri berkata, penghantaran itu adalah berkaitan urus niaga syarikat asing Vitol yang beroperasi di Pengerang dan ia bukan syarikat Malaysia.

“(Ia) bukan syarikat PETRONAS dan ia memang ada perjanjian membawa minyak (untuk) jual ke Filipina. Bukan kita bagi (minyak) kepada Filipina. Tapi, kita tidak menahan. Kita bagi laluan. Minyak (milik) orang dalam perjanjian asing.

“Itu yang kita lalui walaupun (berlaku) sedikit kontroversi. Saya harap hentikanlah kontroversi ini dan tumpu untuk bangunkan negara dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang ini,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Madani YAB Perdana Menteri bersama Pelajar Tahfiz Negeri Terengganu di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, di sini, hari ini.

Beliau juga kesal kerana ada pihak yang tidak berterima kasih apabila kerajaan terus mengekalkan subsidi minyak kepada rakyat.

“Dengan keadaan sekarang, tentunya kita terpaksa buat pilihan. Berapa (peruntukan) untuk subsidi minyak yang kita bagi, itu pun tak pernah ada orang terima kasih,” katanya.

“(Untuk) RON95, dahulu subsidi RM700 juta kini dia jadi lima bilion ringgit satu bulan, tak termasuk diesel (tetapi) ada yang marah dengan (kenaikan harga) diesel.

“Tapi diesel kita beri subsidi untuk petani, nelayan, pengangkutan awam, bas sekolah, semua itu ditampung dengan subsidi diesel,” katanya.

Perdana Menteri berkata sebelum ini, kos subsidi diesel sebulan iaitu RM2 bilion tetapi sekarang menjadi RM7 bilion yang bermaksud kerajaan terpaksa tampung tambahan subsidi.

“Jadi, apakah ia menyelesaikan semua masalah, belum. Ada orang yang terkesan? Ada. Boleh dia buat tuntutan? Boleh. Boleh dia runding? Boleh. Tapi tak perlulah caci dan maki hamun.

Beliau berkata angka subsidi minyak sehingga RM7 bilion sebulan bukan jumlah yang kecil bagi kerajaan.

Dengan pertambahan subsidi untuk rakyat katanya, projek besar terpaksa ditangguhkan dan melaksanakan projek yang memberi impak kepada rakyat terlebih dahulu.

Kerajaan dan Petronas sebelum ini menafikan kontroversi dicetuskan beberapa pihak termasuk pembangkang yang menuduh kerajaan membekalkan minyak diesel kepada Filipina.

PETRONAS juga menafikan terbabit dalam penghantaran bekalan diesel dari Malaysia ke Filipina kerana ia tidak pernah memasuki sebarang perjanjian berhubung perkara itu dengan mana-mana pihak di Filipina.

Pasukan Pengurusan Krisis di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) menafikan laporan media Filipina yang mendakwa Malaysia menghantar 329,000 tong diesel ke negara itu.

Menerusi kenyataan MTEN pada Sabtu, semakan awal mengesahkan diesel berkenaan bukan berasal dari Malaysia.

Related Posts

MoT ambil tindakan tegas terhadap Prasarana susulan insiden LRT tergelincir

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MoT) mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap Prasarana Malaysia Berhad susulan kejadian tren Transit Aliran Ringan (LRT) tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin, pagi tadi. Menteri Pengangkutan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MoT tubuhkan pasukan khas siasat insiden LRT tergelincir

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MoT) menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kejadian tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling yang tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin, pagi tadi. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerbau korban mengamuk: Seorang maut, seorang cedera dalam dua kejadian berasingan

Kerbau korban mengamuk: Seorang maut, seorang cedera dalam dua kejadian berasingan

MoT ambil tindakan tegas terhadap Prasarana susulan insiden LRT tergelincir

MoT ambil tindakan tegas terhadap Prasarana susulan insiden LRT tergelincir

MoT tubuhkan pasukan khas siasat insiden LRT tergelincir

MoT tubuhkan pasukan khas siasat insiden LRT tergelincir

PIBG, sekolah perlu seiring pacu kecemerlangan pelajar

PIBG, sekolah perlu seiring pacu kecemerlangan pelajar

Ibadah korban perkukuh silaturahim agensi, komuniti Parlimen Mukah

Ibadah korban perkukuh silaturahim agensi, komuniti Parlimen Mukah

Capaian talian hampir 10,000 penduduk terjejas, pengoperasian menara telekomunikasi perlu diteliti

Capaian talian hampir 10,000 penduduk terjejas, pengoperasian menara telekomunikasi perlu diteliti