TAWAU – Seorang guru pelatih wanita maut selepas motokar yang dipandu terbabas sendiri dalam insiden kemalangan di Batu 11 Jalan Apas, di sini, tengah hari Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa berumur 24 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari SMK Balung menuju ke Bandar Sri Indah.
“Apabila sampai di satu selekoh di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan ke atas kenderaannya lalu terbabas ke bahu jalan sebelum kenderaan tersebut masuk ke dalam parit.
“Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.
Jasmin menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi atau menyalurkan maklumat ke Cawangan Trafik, IPD Tawau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC
PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…
Lebih lanjut





