Azam Baki diserang: Kritik boleh tetapi jangan jejas tertib majlis ilmiah

PUTRAJAYA – Meskipun kebebasan bersuara diiktiraf dan hak dalam sebuah negara demokrasi, namun ia perlu dilaksanakan secara tertib serta beretika, khususnya dalam suasana majlis ilmiah.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berpandangan, ketenangan yang dipamerkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika diserang sewaktu menyampaikan ucaptama dalam program wajar mendapat pujian.

“Ketika ucapan baru dimulakan, dua orang individu telah bertindak bangun dan mempamerkan sepanduk yang mengandungi mesej cemuhan terhadap Tan Sri Azam, sambil dirakam oleh seorang lagi individu.

“Namun, Azam kekal fokus, tidak terprovokasi dan meneruskan ucapan hingga selesai dengan penuh wibawa yang kemudiannya disambut dengan tepukan gemuruh oleh hadirin,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Mengulas lanjut, Jais berkata, MCW menegaskan sokongan terhadap kepimpinan Azam dalam meneruskan agenda memerangi rasuah, meskipun berdepan tekanan terbuka daripada pelbagai pihak.


Beliau turut menasihatkan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati agar memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang berjalan dan dijangka mencapai penyelesaian dalam masa terdekat

“Segala bentuk tuduhan atau persepsi wajar ditangani melalui saluran yang sah dan berlandaskan fakta. MCW turut menegaskan bahawa prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) mesti sentiasa dihormati.

“Tiada mana-mana individu boleh dijatuhkan hukuman melalui tekanan awam atau persepsi semata-mata tanpa proses perundangan yang adil dan telus.
“Malaysia memerlukan keberanian, kestabilan dan keyakinan terhadap institusi penguatkuasaan untuk memastikan agenda pembanterasan rasuah dapat diteruskan tanpa gangguan yang tidak berasas,” katanya.

Terdahulu, ucapan di majlis wacana Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Selasa diganggu dengan kekecohan dipercayai dilakukan tiga lelaki.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 petang apabila dua lelaki yang sedang duduk tiba-tiba berjalan ke arah Azam dengan memegang sepanduk.

Suasana dewan bertukar tegang apabila salah seorang daripada individu terbabit bertindak menjerit sambil cuba meluru ke hadapan pentas.

Lelaki itu bagaimanapun ditahan Polis Bantuan dan pegawai SPRM di dewan terbabit sebelum dibawa keluar.

Bagaimanapun, Azam yang sedang berucap kekal tenang dan meneruskan ucapannya sehingga selesai, malah sempat menceriakan semula suasana dewan dengan respons spontan.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji