KPDN belum terima laporan kenaikan harga mendadak di pasaran

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) setakat ini belum menerima laporan kenaikan harga secara mendadak di pasaran, dengan harga makanan masih dalam keadaan terkawal.

Timbalan Menteri KPDN, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, pihaknya sentiasa memantau rapat perkembangan harga barang dan perkhidmatan bagi memastikan pengguna tidak terbeban.

“Kita faham faktor geopolitik global yang memberi kesan kepada kos di seluruh dunia, namun kementerian sentiasa peka dan memantau harga setiap hari bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian penutup Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan 2026 di Bangi hari ini.

Fuziah berkata, pihaknya juga sentiasa melakukan libat urus dengan pemain industri bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan berhubung situasi semasa di pasaran.

Baru-baru ini, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia memaklumkan pengusaha restoran berdepan kenaikan kos operasi antara 10 hingga 30 peratus susulan tekanan ekonomi global.

Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia pula menjangkakan harga makanan boleh meningkat sehingga 50 peratus susulan kenaikan kos minyak dan operasi.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK