Siapa Muhyiddin, dia ada hak mutlak ke tentukan Ahli PN?

PORT DICKSON – Bekas Timbalan Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempersoalkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menolak jika ‘rumah baharu’ itu menyertai Perikatan Nasional (PN).

Beliau memaklumkan, kenyataan Presiden Bersatu itu memberi gambaran seolah-olah beliau mempunyai hak mutlak dan kuasa veto dalam menentukan suatu perkara dalam PN.

“Dia kata saya tak boleh jadi ahli PN. Siapa dia nak tentukan? Kalau saya boleh jadi ahli PN, adakah dia akan berhenti?

“Kalau dia kata nak berhenti, saya akan cuba sedaya upaya menjadi ahli PN supaya dia boleh berhenti,” katanya selepas majlis Moreh Perdana dan Pelancaran Gempur Rasuah Negeri Sembilan anjuran Bersatu Bahagian Port Dickson, malam Sabtu.

Sebelum ini, Muhyiddin berkata, beliau secara peribadi menolak jika parti baharu Hamzah cenderung menyertai PN.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh tahu perkara itu perlu diputuskan secara bersama dalam PN membabitkan Pas, Gerakan dan MIPP.

Dalam pada itu, Hamzah turut menjawab pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Bangkok, dengan berkata, langkah terbabit dilakukan demi kepentingan perjuangan yang lebih besar, bukan untuk satu parti sahaja.

“Bila Datuk Seri Zahid menjawab persoalan itu, saya diam sahaja kerana banyak perkara yang saya lakukan adalah untuk kepentingan lebih besar, bukan hanya untuk satu parti.

“Perjuangan ini melibatkan ramai pemimpin Melayu, jadi saya berjumpa semua pemimpin Melayu, bukan hanya UMNO tetapi juga parti lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, pertemuan di Bangkok turut melibatkan wakil parti lain termasuk pemimpin Pas.

Beliau turut mempersoalkan mengapa pertemuan individu lain dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak dikritik Muhyiddin.

“Yang orang kuat dia sendiri jumpa Perdana Menteri, kau tak persoalkan. Patut kau (Muhyiddin) soalkanlah. Mengapa orang kuat kau tu jumpa Perdana Menteri.

“Kemungkinan perkara-perkara yang mereka bincangkan adalah untuk kepentingan diri,” katanya.

Selain itu, Hamzah berkata, beliau tidak menyangka ramai kepimpinan Bersatu, termasuk 118 Ketua Bahagian, masih menyokongnya walaupun beliau dipecat.

“Saya dapat tahu lebih 60 bahagian sudah dibubarkan. Kalau saya jadi presiden, walaupun pengasas parti, jika ramai berhenti, itu menunjukkan parti ini tiada lagi dokongan daripada pemimpin bahagian,” katanya.

Related Posts

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian
  • AdenAden
  • October 5, 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan secara teratur, bertanggungjawab dan berlandaskan undang-Undang berhubung isu pengurusan pelarian, kata Memteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara