KUSKOP perkasa pendidikan dan usahawan di Kimanis

KIMANIS – Bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kimanis dirasmikan hari ini sekali gus menyediakan persekitaran pembelajaran lebih selesa dan kondusif kepada warga sekolah.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Mohamad Alamin berkata, kemudahan itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh sistem pendidikan demi masa depan generasi muda.

“Saya berharap ia dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif.

“Kemudahan yang baik bukan sahaja meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, malah mampu menyemai minat murid untuk hadir ke sekolah dan menimba ilmu.

“Pelaburan dalam pendidikan adalah pelaburan jangka panjang demi masa depan negara.

“Justeru, pihak kerajaan akan terus komited menyokong usaha-usaha yang memperkukuh sistem pendidikan demi kesejahteraan generasi akan datang,” katanya ketika merasmikan bangunan berkenaan.

Pada majlis yang sama, KUSKOP turut menganjurkan Program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan (JMKU) bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan serta membuka peluang pasaran kepada koperasi dan usahawan tempatan.

“KUSKOP memperkenalkan Strategi A,B,C,D merangkumi Anjakan Produktiviti, Birokrasi Dipermudahkan, Capaian kepada Modal dan Daya Akses kepada Pasaran bagi memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), khususnya di luar bandar.

“Program ini bukan sahaja membantu meringankan kos sara hidup masyarakat setempat, malah membuka peluang kepada koperasi dan usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka serta meningkatkan pendapatan.

“Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam memastikan manfaat pembangunan ekonomi dapat dirasai hingga ke peringkat akar umbi.

“Program JMKU ini turut disokong oleh agensi- agensi di bawah KUSKOP seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), TEKUN Nasional dan Bank Rakyat yang sentiasa turun padang menyantuni rakyat.

“Pelaksanaan JMKU di peringkat sekolah dan komuniti juga berperanan memupuk kesedaran awal terhadap koperasi dan keusahawanan serta membina ekosistem sokongan kepada usahawan muda dan komuniti setempat,” jelasnya.

Pada majlis itu, Mohamad turut mengumumkan Pembiayaan Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT) di bawah TEKUN Nasional berjumlah RM50 juta dengan kadar keuntungan tiga peratus setahun, khusus untuk usahawan mikro sempena Ramadan.

“Usahawan yang berminat boleh memohon pembiayaan sehingga RM30,000 melalui TEKUN. Inisiatif ini bagi memastikan capaian modal lebih mudah dan inklusif,” katanya.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi