Shafiq sifatkan Bersatu lenyapkan sifat kebebasan bersuara

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat, Shafiq Abdul Halim yang dipanggil Lembaga Disiplin parti itu, pada Khamis menyifatkan Bersatu kini sudah hilang ruang kebebasan dan ahlinya tidak boleh mengkritik parti.

Beliau dipanggil memberikan kenyataan oleh Lembaga Disiplin yang dipengerusikan Datuk Radzi Manan susulan aduan daripada empat individu termasuk daripada Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Aziz.

Shafiq memaklumkan, beliau diadukan kepada Lembaga Disiplin kerana didakwa mengkritik Tun Faisal, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

“Saya boleh katakan bahawa kebebasan bersuara dalam parti itu sendiri telah pun dilenyapkan dan saya juga tidak faham sebagai rakan komponen Perikatan Nasional (PN) kita tidak boleh menyokong Pas yang juga adalah rakan dalam PN sendiri.

“Di antara aduannya adalah saya menyebut tentang sekiranya PN ini bermasalah maka saya bertanya kepada rakyat Malaysia adakah wajar sekiranya kita memperkukuhkan Pas.

“Itu juga diadu yang saya merasakan sangat pelik kerana dikatakan ia bertentangan dengan prinsip parti itu sendiri,” katanya kepada media selepas selesai dipanggil Lembaga Disiplin Bersatu, pada Khamis.

Shafiq adalah antara pemimpin parti yang dipanggil oleh Lembaga Disiplin Bersatu hari ini.

Selain beliau, dua lagi ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Yunus Nurdin dan beberapa Ketua Bahagian Bersatu.

Turut dijadual dipanggil ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin namun beliau kini berada di Sydney bagi menguruskan kemasukan anaknya di universiti.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan