Sabah tetapkan sasaran 60% kontrak OGSE, lonjak peranan industri tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah menetapkan sasaran tegas 60 peratus penyertaan Sabah melalui pemilikan kontrak dalam semua aktiviti Oil & Gas Services and Equipment (OGSE) di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata, sasaran itu bukan sekadar simbolik, sebaliknya dirancang secara strategik bagi memastikan Sabah mesti bergerak secara progresif ke arah penyertaan majoriti dan kepimpinan dalam aktiviti di negeri ini.

Tegasnya, sama ada melalui kontrak langsung, pegangan ekuiti atau usaha sama, 60 peratus pemilikan kontrak itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperkukuh kedudukan vendor tempatan dalam rantaian nilai industri minyak dan gas.

“Kerjasama antara Sabah dan Petronas kini bukan lagi bersifat aspirasi, tetapi telah distrukturkan secara institusi dan membuahkan hasil.

“Sejak pemeteraian Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) pada Disember 2021, Sabah melangkah daripada sekadar penyertaan kepada pemilikan kontrak yang bermakna, pegangan ekuiti dan penciptaan nilai untuk negeri serta rakyatnya,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri II, Kementerian Kewangan Sabah, Datuk Mohd Ishak Ayub pada Majlis Penghargaan Vendor OGSE Sabah 2026, di sini pada Khamis.

Masidi turut berkata, peluang kepada vendor Sabah semakin berkembang dengan akses kontrak yang lebih luas, namun akauntabiliti mesti seiring.

“Kerajaan serius memastikan kontrak yang dianugerahkan kepada vendor Sabah benar-benar dilaksanakan oleh vendor Sabah. Amalan ‘Ali-Baba’ yang melemahkan pembangunan keupayaan dan merugikan pemain tempatan yang tulen tidak akan ditoleransi.

“Vendor tempatan bukan sahaja perlu memenangi kontrak, malah mengekalkan kepercayaan melalui pematuhan terhadap aspek keselamatan, kualiti dan jadual pelaksanaan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Masidi turut menggalakkan vendor Sabah menjalinkan kerjasama strategik dengan pemain OGSE yang mantap, penyedia teknologi, institusi akademik dan rakan kewangan bagi mempercepat pemindahan keupayaan dan meningkatkan daya saing.

“Usaha sama dan pelaburan bersama bukan tanda kelemahan, tetapi pemangkin kepada skala, kelajuan dan kemampanan.

“Inilah model yang ingin kita lihat dipimpin oleh Sabah, berhubung secara global dan berfokus kepada pelaksanaan,” ujarnya.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang