Tiga projek tebatan utama bakal atasi masalah banjir di Miri

MIRI – Tiga projek tebatan banjir utama yang sedang dan bakal dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dijangka mampu menyelesaikan isu banjir kilat yang sering melanda daerah ini, khususnya di Senadin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin berkata, perkembangan terkini projek-projek tersebut telah dibentangkan dalam satu mesyuarat penyelarasan yang diadakan pada Isnin.

Menurutnya, projek pertama iaitu Rancangan Tebatan Banjir Sungai Miri yang bermula sejak 29 Oktober 2023 kini mencatatkan kemajuan sebanyak 71.53 peratus dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 13 Mei 2026.

“Bagi dua lagi inisiatif baharu iaitu Projek Rancangan Tebatan Banjir Miri Fasa II dan Projek Rancangan Tebatan Banjir Lutong B, proses tender dijangka akan dibuka pada tahun ini.

“Lokasi pelaksanaan Fasa II yang diluluskan pada November tahun lalu melibatkan sistem perparitan di Sungai Dalam Taman Lopeng, Kampung Pujut Tanjung Batu dan Taman Tunku.

“Manakala Projek Lutong B yang diluluskan tapaknya pada Disember lalu pula akan meliputi kawasan kritikal seperti Desa Senadin, Kampung Sealine, MCOT dan Lutong,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan lawatan ke kawasan terjejas di Desa Senadin, Tudan dan Permyjaya.

Jelas Kim Shin, apabila Projek Fasa II dan Lutong B siap kelak, masalah banjir di Desa Senadin dan kawasan sekitarnya dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengarahkan JPS, Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya turun padang dengan kadar segera bagi mengenal pasti punca banjir yang berlaku sejak Ahad.

“Saya mahu agensi terlibat melaksanakan langkah pembaikan segera terhadap sistem perparitan di bawah bidang kuasa masing-masing.

“Jadual penyelenggaraan tahun 2026 juga perlu dimulakan serta-merta bulan ini dengan memberi keutamaan kepada kawasan yang berisiko dan terjejas teruk akibat banjir,” tegasnya.

Foto: Facebook ADUN Senadin

Related Posts

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 daripada keseluruhan 16 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimuktamadkan setakat ini diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

KUNAK – Jalan raya sepanjang kira-kira 300 meter menghubungkan Kampung Jaya Baru dengan Pasar Tamu Mingguan Kunak akhirnya selesai diturap semula bagi memberi keselesaan sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara