Projek perolehan ATM: Siasatan SPRM bukan semata-mata soal individu

PUTRAJAYA – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait projek perolehan Tentera Darat tidak wajar dilihat sebagai kes individu semata-mata, namun perlu dijadikan pencetus reformasi sistemik terhadap ketelusan proses perolehan pertahanan.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, bidang pertahanan melibatkan dana awam yang besar dan berisiko tinggi memerlukan piawaian integriti mestilah lebih ketat, bukan sebaliknya.

Menurutnya, siasatan tersebut juga perlu menjadi pencetus reformasi terhadap mekanisme semak dan imbang dalaman; pemantauan bebas terhadap projek bernilai tinggi serta pencegahan konflik kepentingan dalam keputusan strategik.

“Bidang pertahanan melibatkan dana awam yang besar dan berisiko tinggi, justeru piawaian integriti mestilah lebih ketat, bukan sebaliknya. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan institusi strategik negara yang menjadi benteng keselamatan dan kedaulatan.

“Sebarang dakwaan salah laku melibatkan kepimpinan tertinggi perlu ditangani secara profesional, berfakta dan berlandaskan undang-undang, agar tidak mencemarkan kepercayaan rakyat terhadap keseluruhan pasukan.

“MCW menolak pendekatan sensasi, fitnah atau perbicaraan melalui media sosial yang boleh merosakkan reputasi individu dan institusi sebelum siasatan selesai,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Dalam pada itu,, Jais berkata, MCW menyeru semua pihak termasuk ahli politik, aktivis, media dan masyarakat supaya menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan dan tidak mempolitikkan siasatan SPRM tersebut.

“Selain itu, semua pihak juga digesa tidak membuat kesimpulan awal yang boleh menjejaskan keadilan serta memberi ruang kepada SPRM menjalankan tugas secara profesional,” katanya.

SPRM sedang menyiasat kira-kira 40 buah syarikat kerana disyaki terbabit dalam pemberian wang rasuah berkaitan projek perolehan Tentera Darat, dengan siasatan dijalankan secara berperingkat.

Menurut sumber, siasatan terhadap syarikat-syarikat berkenaan melibatkan aspek aliran kewangan, dokumentasi perolehan serta kaitan antara individu dan syarikat yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

Related Posts

Bubar DUN atau tarik sokongan? jangan jadikan mandat rakyat sebagai ujian keikhlasan politik

CADANGAN menjadikan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu atau penarikan sokongan di Parlimen sebagai ukuran ‘keikhlasan’ kerjasama politik perlu dilihat dengan lebih rasional. Mandat rakyat bukan alat eksperimen untuk menentukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar bawa diplomasi pragmatik ke pentas dunia wajar dihargai

TAWAU – Usaha diplomasi yang digerakkan kerajaan dengan membawa kepentingan Malaysia ke pentas antarabangsa wajar dihargai sebagai manifestasi kesungguhan mentadbir negara secara pragmatik dan berdaya saing. Naib III Pengerusi Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bubar DUN atau tarik sokongan? jangan jadikan mandat rakyat sebagai ujian keikhlasan politik

Bubar DUN atau tarik sokongan? jangan jadikan mandat rakyat sebagai ujian keikhlasan politik

Anwar bawa diplomasi pragmatik ke pentas dunia wajar dihargai

  • By Fatin
  • September 14, 2026
Anwar bawa diplomasi pragmatik ke pentas dunia wajar dihargai

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri