Lelaki warga asing maut dilanggar kereta hilang kawalan di Jalan Bundusan

PENAMPANG – Seorang lelaki warga asing meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar kereta yang dipercayai hilang kawalan, kira-kira pukul 7.30 malam, di jalan Bundusan, di sini pada Isnin.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Erwansyah Abdul Basir, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motokar yang dalam perjalanan menghala ke Towering melalui Jalan Bundusan.

Katanya, ia dipercayai hilang kawalan ketika dipandu dalam keadaan hujan lebat sebelum terbabas dan melanggar sebuah motosikal yang berhampiran.

“Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal iaitu seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu motokar tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya hingga menyebabkan kematian,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Sementara itu, pihak polis turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati, mematuhi had laju serta peka dengan keadaan cuaca, khususnya ketika hujan dan waktu malam bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Penampang atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK