Fahmi yakin rombakan Kabinet perkukuh pentadbiran Kerajaan MADANI

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, menyatakan keyakinan bahawa rombakan Kabinet yang diumumkan hari ini mampu memperkukuh pentadbiran Kerajaan MADANI menerusi pelantikan anggota pentadbiran yang berpengalaman serta sesuai dengan portfolio masing-masing.

Beliau berkata, pelantikan berkenaan dibuat berdasarkan pertimbangan menyeluruh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan setiap anggota Kabinet dapat meneruskan sumbangan bakti kepada negara secara berkesan.

“Sudah pasti Perdana Menteri akan melihat apakah cara yang terbaik untuk rakan-rakan meneruskan sumbangan bakti mereka kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Biasiswa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), di sini, hari ini.

Mengulas pelantikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari, sebagai Menteri Belia dan Sukan, Fahmi berkata, portfolio berkenaan amat serasi dengan keperibadian serta pengalaman beliau yang dilihat aktif dan mempunyai idea yang boleh diterjemahkan.

“Saya lihat beliau sangat aktif dan penuh idea yang boleh diterjemahkan untuk memastikan belia dan juga sukan dalam negara kita terus cemerlang,” katanya.

Fahmi turut menyifatkan pelantikan Hannah Yeoh sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) sebagai satu pilihan yang sangat tepat, memandangkan pengalaman beliau sebagai Ahli Parlimen Segambut.

“Saya masih ingat lagi kami pernah membuat laporan polis berhubung penjualan kolam-kolam takungan. Aspek pembangunan mampan ini sangat dekat di hati beliau, dan saya percaya perkara ini akan diteliti dengan serius,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua menteri yang berkhidmat sebelum ini, sama ada yang ditamatkan perkhidmatan atau bertukar portfolio, sambil mendoakan agar mereka dapat terus menyumbang bakti kepada negara dalam apa jua kapasiti.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata, mesyuarat pertama Jemaah Menteri selepas rombakan Kabinet dijangka berlangsung esok, manakala sidang media pasca Kabinet dijangka diadakan pada Khamis ini, jam 2.30 petang.

Terdahulu, Anwar mengumumkan pelantikan beberapa anggota Kabinet baharu selain pertukaran portfolio melibatkan beberapa menteri sedia ada.

Upacara angkat sumpah anggota Kabinet yang baharu dijadualkan berlangsung esok pada jam 10 pagi di Istana Negara.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan