Allahyarham Bung Moktar rakan yang baik, mudah mesra

KUANTAN – Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud berkata, menyifatkan pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin adalah satu berita memeranjatkan.

Beliau yang sempat turun ke Sabah ketika kempen pilihan raya negeri ke-17 (PRN17) baru-baru ini berkata, Allahyarham sangat bersemangat ketika pertemuan mereka.

“Saya masih terkejut dengan berita ini… sukar nak bayangkan kerana Allahyarham begitu komited sepanjang kempen PRN17,” katanya.

Razak adalah antara AJK UMNO Bahagian Jerantut yang ‘berkampung’ di kawasan Parlimen Kinabatangan sepanjang tempoh kempen PRN17 Sabah, hujung bulan lalu.

Beliau turut menggambarkan Allahyarham Bung Moktar sebagai seorang rakan yang baik dan mudah mesra.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang dikasihi Allah,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Bung Moktar disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta, di Kota Kinabalu, awal pagi tadi.

Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.46 pagi tadi ketika sedang menerima rawatan di Hospital Gleneagles.

Perkembangan itu diumumkan anak lelakinya, Naim Kurniawan Moktar menerusi hantaran di laman media sosial Facebook rasminya.

“Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2026, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H).

“Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran terbabit.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula