Sikap kerajaan negeri pembangkang ibarat ‘madu dibalas tuba’

PEMPENGARUH media sosial, Wan Mahussin Wan Zain, menyifatkan tindakan beberapa kerajaan negeri pembangkang terhadap pelaksanaan Belanjawan 2026 sebagai seolah-olah ‘madu dibalas tuba’ apabila kebaikan Kerajaan Persekutuan tidak disambut, malah dipertikai sehingga menjejaskan manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata, Belanjawan 2026 ialah perbelanjaan negara yang disusun berdasarkan perancangan dan cadangan negeri sebelum diagihkan mengikut keperluan, justeru negeri wajar memperkukuh bantuan yang diumumkan kerajaan Persekutuan, bukan memperlekeh usaha tersebut.

“Menerusi Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Kerajaan Persekutuan menyediakan RM100 untuk golongan miskin. Jika negeri rasa jumlah itu kecil, mereka boleh tambah RM50. Bila pusat beri RM100, negeri tambah RM50, ia jadi RM150. Itu memperkukuh kesejahteraan rakyat.

“Tapi bila pusat umum RM100, kenapa negeri pembangkang memilih untuk mencerca? Sepatutnya ditambah baik. Yang penting ialah rakyat,” katanya ketika menjadi tetamu podcast Minda Tok Abah, pada Jumaat.

Menurutnya, negeri seperti Selangor dan Perak menunjukkan contoh kerjasama baik dengan menambah bantuan awal persekolahan sehingga RM350 selepas pemberian Kerajaan Persekutuan.

“Ini pentadbiran yang matang. Tapi di negeri SG4, nak ucap terima kasih pun susah, apatah lagi nak tambah,” tegasnya.

Wan Mahussin berkata, sikap tidak menyambut baik inisiatif Persekutuan akhirnya merugikan rakyat.

“Pembangkang tetap dapat gaji dan elaun setiap bulan, tapi rakyat di kampung yang perlukan bantuan kedua-dua pihak akhirnya yang terkesan.

“Banyak keadaan, kerajaan pusat beri madu, tapi negeri balas dengan tuba,” katanya.

Beliau turut menzahirkan kebimbangan mengenai situasi kemiskinan tegar di Kelantan yang masih tinggi.

“Di Kota Bharu saja ada 10,000 miskin tegar. Itu belum termasuk Kuala Krai dan daerah lain. Kalau kerajaan pusat tak bantu, siapa lagi? RM100 mungkin kecil bagi wakil rakyat, tapi besar bagi keluarga yang tak cukup makan,” katanya.

Dalam pada itu, pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis tempatan turun hampir setiap hari membantu rakyat Kelantan kerana keperluan yang semakin mendesak.

Katanya, menolak kebaikan atas sentimen politik ibarat menggadaikan hak rakyat demi parti.

Beliau turut membandingkan budaya politik Jepun yang lebih matang apabila pembangkang tetap menyumbang kepada pentadbiran negara selepas pilihan raya.

Jelasnya, kejayaan negara bukan bergantung kepada seorang pemimpin semata-mata, tetapi kerjasama keseluruhan pasukan.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri