Di sebalik 14 penjuru, Rufinah bawa naratif jelas, fokus untuk rakyat Tulid

PENSIANGAN – Di tengah gelanggang politik paling sengit di Sabah yang menyaksikan 14 penjuru bertembung di DUN Tulid, kelibat calon PH, Datin Rufinah Pengeran, muncul sebagai antara figura yang membawa naratif jelas, pengalaman lapangan dan fokus yang tajam terhadap isu rakyat sesuatu yang tidak semua calon mampu tampilkan.

Rufinah, yang juga Ketua Cabang Pensiangan, menyatakan bahawa keberaniannya bertanding bukan muncul tiba-tiba, tetapi lahir daripada pengalaman panjang melihat sendiri realiti hidup masyarakat di kampung-kampung pedalaman.

“Dari pengalaman saya turun padang, di mana-mana kampung dan di lapangan di situ saya melihat sebenar kehidupan rakyat.

“Di pengalaman saya itulah, saya merasa bertanggungjawab untuk tampil bertanding di N44 Tulid ini kerana ingin menyuarakan keperluan penduduk yang selama ini saya lihat dari dekat,” katanya kepada media semasa Program Ramah Mesra PMX Sayang Sabah Bersama Pimpinan Masyarakat DUN Tulid, di Kampung Menawo, di sini pada Ahad.

Kenyataan itu sekali gus memberi isyarat bahawa kemunculannya bukan sekadar mengisi kerusi dalam pertandingan besar, tetapi hadir dengan misi yang sukar dicabar oleh calon lain yang mungkin hanya muncul ketika musim pilihan raya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penduduk Tulid turut mengeluh kepadanya berkenaan isu air yang dihadapi oleh warga Tulid yang belum diselesaikan oleh kepimpinan terdahulu.

“Ramai penduduk berkongsi bahawa bekalan air sering tidak menentu di kawasan Tulid ini.

“Fokus kepada Transpagalan yang di mana kita berada pada hari ini.

“Kedua adalah Zon Trusmadi, dalam kawasan DUN Tulid ini, dia ada dua lokasi yang berbeza satu di Zon Trusmadi dan satu di Zon Transpagalan.

“Jadi, kita utamakan, kita mendengar keluhan rakyat di mana mereka memerlukan ketemuan kepada isu air di mana mereka sedang balik-balik menyuarakan kepimpinan yang lalu tapi belum lagi dilaksanakan,” katanya.

Mengulas lanjut berkenaan dengan pertembungan 14 penjuru yang sering dianggap memecahkan undi, bagi Rufinah, ia satu pentas membuktikan siapa benar-benar bekerja sebelum ini dan siapa muncul hanya bila ada pilihan raya.

“Ini kalilah, pertemuan 14 penjuru di DUN Tulid ini menunjukkan rakyat kita kini mempunyai banyak pilihan tetapi ia juga membuktikan bahawa medan politik semakin bersaing dan memerlukan calon yang benar-benar fokus kepada isu rakyat.

“Dalam keadaan ramai calon, saya melihat ia sebagai peluang untuk menyerlahkan kepimpinan yang konsisten, berkhidmat dan menawarkan solusi realistik kepada masalah air, peluang ekonomi serta masa depan anak-anak muda di kawasan DUN Tulid,” ujarnya.

Related Posts

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

PERMINTAAN ibadah korban yang dianggarkan mencecah RM350 juta tahun ini dilihat sebagai petunjuk positif terhadap kekuatan permintaan domestik negara selain mencerminkan kemampuan rakyat dalam melaksanakan tuntutan agama walaupun dunia berdepan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan

SATU… dua… tiga… Demikian laungan keramat oleh penonton sepak takraw tanah air setiap kali pasukan kesayangan mereka membuat libasan. Selepas sekian lama sorakkan itu tenggelam selepas kemerosotan kini laungan kini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan

Aidiladha semarak syiar Islam, kukuh nilai pengorbanan – Raja Muda Perlis

Aidiladha semarak syiar Islam, kukuh nilai pengorbanan – Raja Muda Perlis

Kaamatan 2026 dijangka dibanjiri pengunjung, keselamatan diutamakan

Kaamatan 2026 dijangka dibanjiri pengunjung, keselamatan diutamakan

Tradisi tahunan Aidiladha, FELDA Jengka 24 korban 40 lembu, kerbau

Tradisi tahunan Aidiladha, FELDA Jengka 24 korban 40 lembu, kerbau