Sudahlah, berapa kali nak suruh letak jawatan?

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi berdepan desakan supaya meletak jawatan yang kali ini oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad – namun dia menegaskan, “sudahlah.”

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri tidak menyebut nama sebarang individu, tetapi jelas merujuk kepada kritikan Mahathir semalam berhubung perjanjian dagangan Malaysia-Amerika Syarikat (AS).

“Saya nak sebut di sini isu hangat di sebelah sana, isu perjanjian perdagangan. Terkait bukan sahaja Malaysia, tetapi juga ASEAN.

“China gergasi ekonomi baru ini masih berunding soal tarif dengan Amerika Syarikat. Kita tidak terkecuali,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri.

“Ini bukan soal menyerah, soal khianat, soal gadai, soal penjajahan baru…

“Nak suruh turun sekali lagi pula? Berapa kali nak suruh turun? Sudahlah,” katanya.

Menjawab soalan Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu), Anwar menjelaskan fokus Malaysia adalah memperkukuh perdagangan intra-ASEAN, selain menjelaskan kesan perjanjian Malaysia-AS yang turut memberi impak kepada rantau ini.

“Tetapi yang saya nak tekankan di sini adalah, masalah hubungan China-Amerika soal perdagangan itu rundingannya di sini, di Kuala Lumpur.

“Pasukan China dan Amerika tiga hari tiga malam berunding di Kuala Lumpur sebelum pertemuan Presiden Trump dan President Xi Jinping baru-baru ini, jadi ada juga jasa dan khidmat kita,” katanya.

Semalam, Mahathir bersama beberapa badan bukan kerajaan dan parti politik mengumumkan 12 resolusi bersama bagi menolak perjanjian dagangan Malaysia-AS.

Antaranya, mereka menegaskan klausa keluar atau ‘exit clause’ yang disebut oleh Anwar hanyalah helah yang tidak akan dapat menyelamatkan Malaysia daripada perangkap perjanjian itu.

“Satu-satunya ‘exit clause’ yang ada sekarang adalah untuk Anwar dan Kabinetnya bertanggungjawab dan meletakkan jawatan,” kata Mahathir.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan