Trump umum lawatan rasmi ke Malaysia, Jepun dan Korea Selatan

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menyatakan bahawa beliau akan melawat Malaysia, Jepun dan Korea Selatan dalam masa terdekat, sambil menekankan hasrat untuk terus ‘bersikap baik terhadap China’, demikian menurut laporan Agensi Berita Kyodo.

Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan perdagangan antara AS dan China kembali memuncak.

Namun begitu, Trump menyuarakan nada optimis menjelang kemungkinan pertemuannya dengan Presiden China, Xi Jinping yang dijadual berlangsung minggu hadapan di Korea Selatan.

“Kami akan mengadakan perjanjian yang adil. Saya mahu bersikap baik terhadap China. Saya amat menghargai hubungan saya dengan Presiden Xi,” kata Trump di Rumah Putih semasa sesi panjang bersama wartawan ketika pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese.

Trump turut menjelaskan bahawa Korea Selatan menjadi lokasi yang sesuai untuk mengadakan pertemuan tersebut dan menyatakan secara terbuka rancangannya untuk mengunjungi dua negara Asia yang lain.

“Kami fikir itu tempat yang sesuai untuk bertemu, dan kami akan bertemu. Saya akan berada di Malaysia, saya akan berada di Jepun,” katanya.

Sebelum ini, Trump telah beberapa kali memaklumkan mengenai pertemuan yang dijangka bersama Xi Jinping semasa mereka menghadiri sidang kemuncak ekonomi Asia-Pasifik yang dijadual berlangsung pada akhir Oktober di Korea Selatan. Namun, ini merupakan kali pertama beliau secara terbuka menyebut tentang lawatan ke Malaysia dan Jepun.

Sumber kerajaan Jepun memaklumkan bahawa Trump dijangka memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Jepun bermula 27 Oktober, selepas menghadiri persidangan serantau di Malaysia yang turut melibatkan negara-negara Asia Tenggara serta rakan sekutunya.

Menurut sumber yang sama, selepas selesai lawatan ke Jepun, Trump akan meneruskan perjalanan ke Korea Selatan.

Lawatan ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Asia sejak memulakan penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat pada Januari lalu.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan