P.Pinang calon 10 makanan tradisi sebagai Warisan Kebangsaan

SEBERANG PERAI – Pulau Pinang terus memacu usaha memartabatkan makanan warisan apabila mencalonkan 10 hidangan tradisi negeri ini kepada Jabatan Warisan Negara untuk diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan, selaras kekayaan budaya kulinari masyarakat Malaysia.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Wong Hon Wai berkata, 10 juadah iaitu nasi kandar, pasembor, char kue kak, mi hokkien, mi jawa, oh chien, mi udang, mi sotong, kerabu bihun dan roti benggali.

“Kita amat berharap agar lebih banyak lagi makanan warisan yang terdapat di negeri ini dapat diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

“Langkah pewartaan ini bukan sahaja penting bagi memastikan kelestarian khazanah makanan yang diwarisi turun-temurun, tetapi juga berperanan besar dalam memastikan warisan gastronomi Pulau Pinang yang terkenal di mata dunia akan terus dilindungi, dipromosi dan dimartabatkan supaya dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang.

“Usaha ini sejajar untuk memartabatkan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan makanan warisan, bukan sekadar mengangkat nilai ekonomi dan pelancongan malah memastikan kelestarian warisan makanan tidak ditelan zaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara 2025 di UiTM Permatang Pauh, di Bukit Mertajam di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara merangkap Pesuruhjaya Warisan, Mohamad Muda Bahadin berkata, setakat ini, 10 hidangan yang dicadangkan itu telah melepasi penilaian pakar sebelum memasuki fasa seterusnya.

“Antara kriteria yang dinilai termasuklah kita akan tengok sama ada penyediaan dan penghasilan juadah terbabit masih diamalkan dalam komuniti.

Disebabkan ia adalah juadah warisan, maka kita perlu teliti kerana komuniti itulah yang bertanggungjawab melestarikannya.

“Mana-mana hidangan yang telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan berpotensi untuk dicalonkan ke peringkat UNESCO,” katanya.

Untuk rekod, sebanyak 213 jenis makanan telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

Antara juadah popular negeri yang telah diwartakan adalah char kuetiau, kuih angku, pulut tekan dengan seri kaya, laksa, pie tee dan gerang asam.

Related Posts

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

IPOH – Seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan selepas disyaki menyerang dan mengugut seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ketika mangsa menjalankan tugas mengeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1