Mesyuarat pertama MT GRS selepas bubar DUN berlangsung tanpa Presiden STAR

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Selasa, mesyuarat pertama selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tanpa kehadiran Presiden STAR, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS memimpin mesyuarat itu dengan disertai pimpinan utama komponen GRS termasuk Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Turut hadir Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin; Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Tan Sri Anifah Aman; Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Datuk Rina Jainal dan Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Hadir sama Timbalan Presiden STAR, Datuk Ellron Alfred Angin yang sebelum ini mengumumkan bersama empat lagi wakil rakyat partinya memilih untuk kekal menyokong GRS walaupun STAR dan SAPP secara rasmi menarik diri daripada gabungan itu.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji