Orang awam serius kemas kini lesen untuk manfaat BUDI95 – JPJ Sabah


KOTA KINABALU – Orang awam di Sabah dilihat serius mengemas kini lesen memandu mereka susulan pelaksanaan inisiatif subsidi bersasar petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah, Datuk Mohd Harris Ali berkata, langkah itu membuktikan kesedaran rakyat terhadap kepentingan memiliki lesen yang sah serta data maklumat diri yang dikemas kini bagi membolehkan mereka menikmati manfaat subsidi petrol.

“Saya rasa keseluruhan negeri termasuk negara memang mereka mengambil serius untuk mengemas kini data lesen memandu.

“Kita di JPJ membuka semua cawangan setiap minggu, Sabtu dan Ahad sehingga 26 Oktober, dan kita lihat ada peningkatan kepada transaksi yang dilaksanakan.

“Jadi, kita berharap orang ramai tidak melengah-lengahkan untuk mendapatkan manfaat ini agar memastikan lesen memandu Malaysia mereka datanya adalah yang terkini.

“Kalau ada yang dulu mendaftar menggunakan IC lama, kalau Sabah ‘H’, di Semenanjung ada ‘A’, semua mesti diubah kepada 12 digit,” katanya ketika ditemui media selepas Sesi Libat Urus Pengarah JPJ Negeri Sabah bersama Ketua Editor dan Media Negeri di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas prestasi pelaksanaan BUDI95 di Sabah yang turut menyaksikan pembukaan 20 pejabat JPJ di seluruh negeri pada hujung minggu sejak 27 hingga 28 September lalu sehingga 5 Oktober.

Menurutnya, dalam tempoh tersebut, seramai 1,924 pelanggan hadir di pejabat JPJ Sabah dengan jumlah urus niaga sebanyak 2,240 transaksi dan kutipan keseluruhan RM75,723.30.

Inisiatif BUDI95 adalah usaha kerajaan untuk membantu golongan yang layak melalui pemberian subsidi bersasar yang menjadikan memiliki lesen memandu yang sah dan aktif menjadi syarat utama untuk terima manfaat tersebut.

Mengulas mengenai program, beliau berkata, ia julung kali diadakan mengadakan sesi libat urus bersama dengan ketua editor dan juga wakil media sama ada kerajaan ataupun swasta.

“Ini adalah kali pertama dan kita berharap agar sesi ini kita dapat capai untuk merapatkan hubungan antara JPJ bersama dengan semua pengamal media.

“Kita berharap program-program oleh JPJ sama ada JPJ Malaysia dan juga JPJ negeri berkaitan penguatkuasaan, inisiatif-inisiatif dan langkah-langkah yang kita laksanakan, dapat disebar luas apa selain untuk membantu memudahkan perkhidmatan rakyat bersama dengan agensi kerajaan,” katanya.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung