PRN17 Sabah: Persiapan jentera PH hampir 100 peratus

SEGALA persiapan jentera Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah hampir lengkap 100 peratus.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, persiapan jentera PH hanya menunggu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor untuk memuktamadkan beberapa perkara terutamanya dalam memastikan suara rakyat negeri itu dapat disambung ke Putrajaya.

Jelasnya, seluruh pasukan PH sudah melakukan persediaan sejak empat bulan lalu, termasuk menambah baik strategi kempen.

“Kita berikan masa yang terbaik kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor untuk menetapkan tarikh, selepas itu kita ada ruang untuk memuktamadkan perbincangan dengan pihak terbabit supaya suara rakyat Sabah dapat disambung ke Putrajaya.

“Untuk PKR, (jentera) kita sudah di tahap 70 hingga 80 peratus, cuma kita perlu kemaskan strategi dan naratif dalam kempen akan datang,” katanya kepada media.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Makan Malam Amal Jubli Perak Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) di Hotel Le Quadri di Hulu Selangor, malam tadi.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, pembahagian kerusi bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih belum dimuktamadkan dan dijangka selesai sepenuhnya sebelum proses penamaan calon.

“Agihan perlu beberapa lagi siri perbincangan tetapi hampir selesai sepenuhnya. Saya percaya sebelum penamaan calon kita boleh muktamadkan,” katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijadual terbubar secara automatik pada 11 November bagi memberi laluan kepada PRN17.

Media tempatan semalam melaporkan Hajiji dijangka membuat pengumuman rasmi pembubaran DUN pada Isnin ini selepas mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan