GSF hampiri Gaza, penganjur jangka risiko serangan meningkat

GLOBAL Sumud Flotilla (GSF) yang membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza kini menghampiri perairan Mesir dan dijangka memasuki zon berisiko tinggi dalam tempoh dua hari, menurut penganjurnya.

Menurut Jawatankuasa Antarabangsa Bagi Membanteras Sekatan Gaza, flotila itu dijangka belayar ke perairan utara bandar Alexandria dalam tempoh beberapa jam.

“Kami menjangka Zionis melakukan jenayah perang terhadap kami pada bila-bila masa ketika semakin menghampiri Gaza,” jelas jawatankuasa itu menerusi kenyataan di platform X.

Dalam kenyataan berasingan, GSF memaklumkan bahawa dua kapal utama, OHWAYLA dan ALL IN, kini berada hanya 366 batu nautika (678 kilometer) dari Gaza serta dijangka tiba dalam tempoh tiga hingga empat hari.

“Flotila kami kini berjumlah 44 kapal, diperkuatkan dengan pelancaran dua bot baharu yang sedang belayar menyertai flotila.

“Dalam tempoh dua hari lagi, flotila ini akan memasuki zon berisiko tinggi. Tekad kami tidak berbelah bahagi, namun inilah saat kepekaan dan solidariti global amat diperlukan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, jawatankuasa berkenaan turut memaklumkan rancangan menghantar sebuah kapal khas membawa wartawan dan petugas perubatan ke Gaza pada 1 Oktober ini. Kapal tersebut dijadualkan membawa lebih 100 wakil media antarabangsa dan doktor.

Flotila berkenaan telah belayar sejak awal bulan ini dengan tujuan memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza serta menghantar bantuan kemanusiaan, khususnya bekalan perubatan.

Sejak 2 Mac lalu, Israel menutup sepenuhnya lintasan Gaza dan menghalang kemasukan makanan serta konvoi bantuan, sekali gus memburukkan keadaan kebuluran di wilayah berkenaan. Hanya bekalan terhad dibenarkan masuk secara berselang-seli, namun banyak daripadanya dirampas kumpulan bersenjata yang menurut pihak berkuasa Gaza dilindungi Israel.

Israel, selaku kuasa pendudukan, sebelum ini mempunyai rekod memintas kapal menuju ke Gaza, merampas bot serta mengusir aktivis.

Tindakan itu sering dikritik sebagai lanun laut.

Sejak Oktober 2023, lebih 66,000 penduduk Palestin terbunuh akibat serangan Israel, dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Related Posts

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

MOSCOW – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan dia menjalani peperiksaan kognitif tanpa sebarang kesilapan buat kali keempat dan mencatatkan keputusan yang sangat cemerlang. “Keputusan Pemeriksaan Fizikal saya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri