Graduan PKK diharap jadi modal insan berintegriti, inovatif – TYT

KOTA KINABALU – Graduan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) diharap menjadi modal insan berintegriti, inovatif dan penyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Dr. Musa Aman berkata, sejak penubuhan PKK 29 tahun lalu, institusi itu melahirkan ramai graduan yang mengisi ruang pekerjaan kritikal di Sabah khususnya dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET).

“Graduan yang dihasilkan bukan sahaja memiliki kemahiran praktikal, malah kompeten dan diperlukan oleh majikan bagi membangunkan teknologi baharu untuk merancakkan ekonomi negeri.

“Saya percaya Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti sentiasa komited memperkukuhkan pendidikan TVET di negeri ini seiring dengan penubuhan majlis TVET Sabah pada 19 Mei 2025.

“Tujuan penubuhan majlis ini adalah untuk memperkukuh ekosistem latihan teknikal, menyelaras institusi TVET di Sabah dan memastikan graduan yang dilahirkan bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan,” katanya.

Tun Musa berkata demikian semasa berucap mengisytiharkan Istiadat Konvokesyen Politeknik Kota Kinabalu di Dewan Rafflesia PKK, pada Rabu.

Seramai 1,263 graduan PKK menerima diploma dan sijil dalam istiadat Konvokesyen tersebut.

Menurut Tun Musa, kebolehpasaran graduan TVET menunjukkan prestasi yang sangat baik dengan kadar melebihi 95 peratus.

Katanya, bidang TVET menyediakan peluang pekerjaan dengan gaji yang menarik dan membuka ruang kepada para graduan untuk bekerja sendiri dan mencipta peluang pekerjaan baharu dengan kemahiran yang diperolehi.

Tun Musa turut merakamkan penghargaan kepada warga kerja PKK khususnya para pensyarah atas dedikasi mendidik selain menzahirkan terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga yang menjadi tulang belakang kejayaan para graduan.

“Gunakanlah ilmu dan kemahiran yang diperoleh untuk menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

“Jadilah insan unggul yang berintegriti, berdaya saing dan sentiasa menjiwai semangat cintakan tanah air,” ujarnya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan