Projek baik pulih rumah, jalan desa ringankan beban penduduk Santubong

KUCHING  — Sebanyak 107 buah rumah rakyat miskin di kawasan Parlimen Santubong telah berjaya dibaik pulih sejak tahun 2023 hingga kini dengan jumlah perbelanjaan melebihi RM1.5 juta.

Program ini dilaksanakan menerusi Jawatankuasa Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin (MRP-PPRMS) yang ditubuhkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) meliputi Tanjong Datu, Pantai Damai dan Demak Laut. 

Jawatankuasa tersebut berperanan sebagai pemudah cara utama dalam memastikan keluarga berpendapatan rendah menikmati manfaat program berkenaan.

Menurut kenyataan rasmi, Program PPRMS bukan sekadar membaik pulih rumah, malah memberi sinar baharu kepada keluarga penerima untuk hidup dalam keadaan lebih selesa, selamat dan bermaruah.

Selain baik pulih rumah, Ahli Parlimen Santubong merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri turut meninjau projek Naiktaraf Jalan Perhubungan Desa (JPD) yang melibatkan Kampung Bako Hulu dan Kampung Bako Tengah. 

Projek bernilai RM500,000 itu dilaksanakan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi menggantikan titian kayu lama dengan laluan konkrit yang lebih selamat serta mesra penduduk.

Pelaksanaan projek-projek berterusan ini jelas mencerminkan trademark Parlimen Santubong iaitu #PolahDolokBaruMadah, yang menekankan bahawa tindakan nyata lebih utama daripada sekadar kata-kata. 

Dengan adanya inisiatif sebegini, lebih ramai penduduk di kawasan Santubong dijangka menerima manfaat secara langsung, sekali gus membantu mengurangkan beban hidup dan meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.

Related Posts

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

IPOH – Seekor harimau belang betina seberat 94 kilogram berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak selepas memasuki perangkap yang dipasang berhampiran sebuah kandang lembu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH