Serangan anak Rafizi, PMX beri jaminan siasatan dilaksana segera

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita terhadap kewujudan budaya melampau di negara ini susulan kes serangan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli serta kes buli sehingga menyebabkan kematian.

Katanya, pihak berkuasa dilihat akan menjalankan siasatan yang penuh dan terperinci agar insiden seperti ini tidak akan berulang di masa hadapan.

“Budaya ini sangat membimbangkan, saya beri jaminan seperti apa yang disebutkan oleh Menteri Dalam Negeri dan polis.

“Mereka akan bertindak segera, pantas dan telus untuk mengambil tindakan, seterusnya menghentikan budaya jahat ini,” kata beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata demikian sebelum menjawab soalan Ahli Parlimen (PH) Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik Waktu pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) yang ingin mengetahui rasional pelaksanaan rasionalisasi portfolio aset Petronas dan strategi syarikat berkenaan dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran global.

Terdahulu, ketika bangun untuk mengutarakan soalan, Muhammad Bakhtiar menyatakan beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan terhadap ahli keluarga bekas Menteri Ekonomi itu.

“Saya menggesa pihak polis dan pihak berautoriti untuk siasat secara terperinci dan membawa pelaku ke muka pengadilan,” katanya.

Pada Rabu, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan anak Ahli Parlimen Pandan itu diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya yang dipercayai berlaku kira-kira 2 petang di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang.

Rafizi berkata anaknya telah diheret seorang lelaki dan dicucuk dengan jarum suntikan, selain beliau mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal.

Bekas Menteri Ekonomi itu dalam sidang media pada Khamis turut mendedahkan isterinya menerima mesej berbaur ugutan iaitu ‘diam, jika teruskan, AIDS,’ selepas anak lelaki mereka yang berusia 12 tahun diserang semalam.

Katanya, mesej itu diterima sekitar jam 1.45 tengah hari yang turut disertakan emoji picagari.

Rafizi dalam pada itu percaya kejadian serangan terhadap anak lelakinya di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya semalam ada kaitan dengan cubaan menutup mulutnya berkaitan satu skandal.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai ‘skandal’ berkenaan, namun memberitahu, maklumat itu diterima hasil perjumpaannya dengan sekumpulan pemberi maklumat, Rabu minggu lalu.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok