Pemasangan CCTV di sekolah perlu diperkasa semula atasi isu buli

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan bagi Kementerian Pendidikan (KPM) menyalurkan peruntukan khusus bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di semua kawasan sekolah, khususnya di sekolah berasrama

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pemasangan CCTV disarankan diletakkan di Lokasi ‘blind spot’ demi mencegah dan mengurangkan insiden buli melalui pemantauan berterusan.

Katanya, cadangan terbabit dilihat membolehkan bukti rakaman yang sahih disediakan bagi membantu pihak sekolah dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

“Pemasangan CCTV juga dapat melindungi keselamatan pelajar, guru dan kakitangan daripada pelbagai bentuk ancaman keselamatan selain mewujudkan suasana sekolah yang lebih selamat dan kondusif untuk pembelajaran.

“Pada tahun 2017, pelaksanaan pemasangan CCTV ini telah dimulakan di beberapa sekolah yang dikenal pasti mempunyai masalah disiplin yang tinggi. Langkah ini membuktikan bahawa kerajaan pernah mengakui keberkesanan CCTV sebagai salah satu instrumen pencegahan

“Bagaimanapun, pelaksanaannya secara menyeluruh masih belum berlaku dan wajar pemasangan CCTV diperkasakan semula dengan skop yang lebih luas,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu

Untuk rekod, tambah beliau, bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan pada 2016 pernah membentangkan rancangan memasang CCTV di sekolah berisiko tinggi dengan kos anggaran keseluruhan termasuk penyelenggaraan selama tiga tahun kira-kira RM438,497 bagi setiap sekolah.

Sementara itu, Rosnah berpandangan, langkah pemasangan CCTV itu boleh digabungkan dengan beberapa inisiatif lain dalam menangani kes buli seperti penyediaan saluran aduan rahsia yang mudah diakses pelajar dan ibu bapa.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Papar berkata, KPM juga boleh menempatkan warden atau pegawai keselamatan terlatih, terutama di sekolah berasrama selain program pendidikan nilai dan kesedaran antibuli dibuat secara berkala.

“Peranan kaunselor bagi intervensi awal terhadap mangsa dan pelaku buli juga perlu diperkukuh selain memastikan kerjasama erat antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat.

“Kita berharap budaya buli dapat dihentikan walau mengambil masa lama. Kita tidak mahu peristiwa hitam berulang kembali dan tidak mahu ada mangsa lain lagi. Ibu bapa, pelajar, dan warga sekolah harus bersatu hati agar budaya buli tidak lagi menjadi ‘warisan’ demi keharmonian sekolah,” katanya.

Menurut Rosnah, sekolah seharusnya menjadi tempat menimba ilmu dan mencipta kenangan manis, bukannya menjadi medan ketakutan atau lokasi berlakunya perlakuan tidak bermoral seperti membuli.

“Sehubungan itu, semua pihak bertanggungjawab memastikan sekolah benar-benar menjadi taman ilmu dan akhlak yang harmoni, bukan medan penderitaan yang meninggalkan parut emosi kepada generasi muda,” katanya.

Related Posts

AS puji Malaysia atas peranan aktif sokong keamanan Thailand-Kemboja

SINGAPURA – Amerika Syarikat (AS) memuji kepimpinan Malaysia yang memainkan peranan penting dalam menyokong pelaksanaan perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja menerusi penugasan pasukan pemerhati ASEAN ke kawasan sempadan kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang

PAS dijangka mengukuhkan kerjasama politik dengan kumpulan yang diketuai bekas Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), sekali gus meningkatkan spekulasi mengenai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AS puji Malaysia atas peranan aktif sokong keamanan Thailand-Kemboja

AS puji Malaysia atas peranan aktif sokong keamanan Thailand-Kemboja

Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang

Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang

AS buka ruang kerjasama misil dengan Malaysia susulan sekatan Norway

AS buka ruang kerjasama misil dengan Malaysia susulan sekatan Norway

Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

Gordon sah sertai Barcelona

Gordon sah sertai Barcelona

MINDA TOK ABAH: Langkah sepanjang zaman Siti Hajar

MINDA TOK ABAH: Langkah sepanjang zaman Siti Hajar