Kemerdekaan pendidikan cerminan gagasan Malaysia MADANI

KEMAMAN – Erti kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal, sebaliknya merangkumi kebebasan sistem pendidikan negara yang mampu membebaskan minda daripada belenggu pemikiran kolot dan jumud.

Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, YM Tengku Shahrir Tengku Dahlan berkata, perjuangan kemerdekaan masa kini adalah untuk membebaskan akal dan jiwa generasi muda daripada pengaruh negatif, sekali gus melahirkan pelapis yang berperanan membina ketamadunan negara.

“Pembinaan tamadun memerlukan pemimpin masa depan yang memiliki tahap keintelektualan tinggi, berfikiran bebas dan berupaya mengangkat martabat bangsa serta negara ke tahap lebih tinggi. Inilah yang selari dengan gagasan Malaysia MADANI,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang peringkat Daerah Kemaman 2025 di Dewan Orang Ramai Felda Neram 1, di sini, pada Selasa.

Program anjuran Jabatan Penerangan itu merupakan acara tahunan yang dimulakan dengan konvoi kenderaan dan motosikal dari Besut ke Kemaman.

Konvoi berkenaan turut disertai Pengarah Penerangan Negeri Terengganu, Sait Yaman; Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu, Wan Suhaini Wan Mohammad; warga Jabatan Penerangan Negeri dan Majlis Keselamatan Negara Negeri.

Acara turut diserikan dengan sukan rakyat serta pertandingan busana kemerdekaan membabitkan penyertaan kanak-kanak prasekolah dan peserta dewasa.

Related Posts

Sistem MyNIISe di Sungai Tujoh dilancarkan, kekalkan pilihan pemeriksaan pasport manual

MIRI – Pelaksanaan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) melalui kemudahan kod QR di empat pintu masuk utama sempadan Sarawak-Brunei disambut baik oleh pelbagai pihak. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Betong sedia muncul hab pertumbuhan ekonomi baharu Sarawak

BETONG – Betong berpotensi besar untuk diangkat sebagai salah sebuah pusat pertumbuhan ekonomi baharu di Sarawak. Prospek tersebut dipacu oleh pelaksanaan pelbagai pelaburan strategik yang memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur, pertanian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tidak rasmi: BN mendahului 16 kerusi PRN Negeri Sembilan

Tidak rasmi: BN mendahului 16 kerusi PRN Negeri Sembilan

Polis pertingkat kawalan keselamatan di istana dan pejabat kerajaan

Polis pertingkat kawalan keselamatan di istana dan pejabat kerajaan

Sistem MyNIISe di Sungai Tujoh dilancarkan, kekalkan pilihan pemeriksaan pasport manual

Sistem MyNIISe di Sungai Tujoh dilancarkan, kekalkan pilihan pemeriksaan pasport manual

Betong sedia muncul hab pertumbuhan ekonomi baharu Sarawak

Betong sedia muncul hab pertumbuhan ekonomi baharu Sarawak

Kerjasama erat Persekutuan, negeri pacu Sabah terima 40 peratus Bahagian FLNG

Kerjasama erat Persekutuan, negeri pacu Sabah terima 40 peratus Bahagian FLNG

PBB giat perkukuh jentera sedia hadapi PRN Sarawak ke-13

PBB giat perkukuh jentera sedia hadapi PRN Sarawak ke-13