Pahang perkenal program air percuma Pahang 1st

KUANTAN – Kerajaan Pahang hari ini mengumumkan pelaksanaan semula program pemberian air percuma kepada rakyat menerusi inisiatif baharu yang dikenali sebagai Program Air Percuma Pahang 1st.

Program ini adalah penjenamaan semula kepada Rebat Air Makmur (RAM) dan dilancarkan seiring dengan pengenalan Aspirasi Pahang 1st, yang menjadi agenda utama pentadbiran negeri dalam menjamin kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan untuk meneruskan program itu dibuat selepas mengambil kira kestabilan kewangan semasa kerajaan negeri dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

“Pelaksanaan inisiatif ini juga melibatkan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu (m3) pertama setiap bulan kepada golongan sasar yang dikenal pasti, dengan peruntukan kewangan sebanyak RM7.3 juta setahun serta memberi manfaat kepada kira-kira 38,000 pengguna di Negeri Pahang,” jelas beliau dalam satu kenyataan.

Kerajaan Negeri turut menyeru semua pengguna air di negeri ini untuk mengamalkan langkah penjimatan dan mengelakkan pembaziran demi kelestarian sumber air jangka panjang.

Pelaksanaan program ini menjadi pencapaian penting dalam menjayakan agenda Aspirasi Pahang 1st yang mengutamakan rakyat, memperkukuh prestasi dan mempertahankan kemakmuran negeri.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu