6 rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Setawang

SRI AMAN – Enam buah rumah musnah dalam kebakaran awal pagi Selasa di Jalan Setawang, Kampung Tengah. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.14 tengah malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran sedang marak dan melibatkan beberapa buah rumah.

“Operasi pemadaman diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Andrew Vengitasamy bersama Muhammad Rais Adham Bin Rosalan,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Menurutnya, kebakaran melibatkan enam buah rumah, dengan empat daripadanya musnah 100 peratus manakala dua lagi terbakar kira-kira 80 peratus.

Pasukan bomba melakukan size-up dan bertindak membentangkan dua aliran hos sepanjang 600 kaki dengan satu breaching dan dua nozel bagi usaha awal pemadaman, sebelum satu lagi aliran sepanjang 300 kaki diguna sebagai sokongan.

Katanya, sumber air diambil daripada pili bomba berhampiran serta pam jentera.

“Pasukan turut berjaya menyelamatkan tiga buah rumah berhampiran daripada turut terjejas.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada punca api atau risiko bahaya lain ditemui selepas pemeriksaan dijalankan,” katanya.

Tambahnya, anggaran kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan Pegawai Forensik Zon 3 JBPM Sarawak.

Operasi melibatkan lapan anggota, sebuah jentera FRT dan sebuah unit EMRS sebelum ditamatkan sebaik situasi terkawal.

Related Posts

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 daripada keseluruhan 16 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimuktamadkan setakat ini diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

KUNAK – Jalan raya sepanjang kira-kira 300 meter menghubungkan Kampung Jaya Baru dengan Pasar Tamu Mingguan Kunak akhirnya selesai diturap semula bagi memberi keselesaan sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara